Pages

19 Januari 2011

Kubur

Cuba anda bayangkan sekiranya anda melalui di  sebuah jalan yang sunyi berdekatan kubur di waktu malam ditambah pula dengan cuaca yang buruk seperti mahu hujan dan tiada satu pun kenderaan yang melalui jalan tersebut kecuali anda sahaja yang berada di jalan tersebut. Apakah yang bermain dari fikiran anda saat anda melalui jalan tersebut?.


    Kubur cina  yang terletak di jalan serian Balai Ringin batu 8 atau 13 kilometer dari Bandar Serian pernah dikatakan berhantu oleh beberapa orang yang pernah terserempak dengan entiti tersebut beberapa tahun yang lalu. Menurut saksi yang pernah mengalami peristiwa tersebut, pernah terlihat 7 lembaga putih sedang melintas jalan dan ketika itu jam menujukkan 4:15 pagi. Di lokasi yang sama juga saksi yang lain mengaku pernah terlihat penampakan seakan-akan pocong sedang berdiri di jalan tersebut kerana tidak jauh dari simpang kubur cina  iaitu diseberang jalan terdapat perkuburan Islam.



     Dalam kes yang lain pula seorang saksi yang bekerja sebagai tentera telah mengalami peristiwa yang menyeramkan iaitu terserempak seorang wanita yang cantik ketika melintas di persimpangan kubur cina tersebut di waktu malam semasa beliau pulang membeli barang dari Bandar Serian. Menurut beliau lagi, wanita tersebut menahan beliau dan menyuruhnya menghantar ke rumah yang kononnye tidak jauh dari tempat beliu berhenti. Setelah menghantar wanita itu ke rumah, beliau dipelawa untuk bermalam dirumah wanita dan entah kenapa beliau bersetuju dengan wanita itu tanpa curiga dengan pelawaan itu. Pada ke esokan paginya beliau mendapati dirinya telah tertidur disebuah kubur tersebut. Kisah ini pernah diterbitkan oleh majalah Mastika beberapa tahun yang lepas.
      Kisah seram itu belum berakhir disitu apabila seorang saksi yang lain pernah terserempak seorang wanita yang kepalanya tunduk kebawah degan wajah yang dilitupi rambutnya yang mengerbang di tepi perhentian bas bersebelahan simpang kubur cina tersebut lebih kurang pada jam 11 malam.

Di perhentian bas ini lah tempat dimana saksi terlihat kelibat wanita itu

    Siapakah wanita tersebut masih menjadi misteri sehingga kini.

Di kawasan ini lah kerap berlakunya kemalangan maut yang menyebabkan kehilangan nyawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan