Pages

23 Januari 2011

Misteri Tragedi kapal Pulau Kidjang


Baru-baru ini kita terdengar berita terkini  tragedi kapal karam yang berlaku di sekitar kawasan sungai rajang Sarawak yang telah mengorbankan beberapa nyawa anak kapal termasuk kapten kapal tersebut.

Salah seorang mangsa tersebut  adalah seorang lelaki berumur lebih kurang 23 tahun berbangsa iban yang selamat dikebumikan di tanah perkuburan batu 8 jalan serian balai ringin kelmarin.

Apa yang misterinya, lokasi di mana tragedi tersebut berlaku adalah tempat dimana tragedi sejarah hitam yang pernah berlaku pada sebuah kapal pengangkut yang terkenal yang di kenal sebagai kapal pulau kidjang pada tahun 27 Disember 1973 yang telah mengorban 121 nyawa penumpang kapal tersebut.



Menurut kisah yang diceritakan semula oleh rakyat tempatan bahawa sebelum kapal tersebut karam, pihak muzium berhasrat untuk memindahkan meriam lama milik peninggalan penjajahan inggeris semasa zaman Mat Rentap yang dikenali oleh rakyat tempatan sebagai "Bedil".

Pada malam tersebut seorang warga emas bermimpi bahawa meriam yang dipindahkan oleh pihak muzium tersebut adalah seekor naga atau mungkin dikenali sebagai "hantu nabau". Didalam mimpi tersebut naga itu berpesan kepada beliau supaya memberi amaran terhadap pihak muzium agar jangan memindahkan meriam itu dari tempat asalnya. Namun amaran beliau gagal dipatuhi oleh pihak muzium dengan alasan bahawa itu adalah karut.

Sebelum kapal pulau kidjang itu berangkat, beliau sempat berpesan kepada pihak muzium itu, sekiranya amaran tidak diendahkan, sesuatu malapetaka yang dahsyat akan berlaku kepada kapal pulau kidjang.



Kapal tersebut terus berangkat tanpa mempedulikan amaran warga emas itu dan tidak jauh dari muara sungai rajang selepas berangkat dari pelabuhan kapal pulau kidjang karam disebabkan arus besar yang deras.Ramai yang ketika itu percaya bahawa kapal pulau kidjang karam disebabkan tidak mengendahkan amaran orang tua itu.

Lokasi kedudukan Sungai rajang Sarawak

Adakah kejadian misteri silam yang terjadi pada kapal pulau kidjang itu mempunyai kaitan dengan kes beberapa kapal karam yang berlaku disekitar muara sungai rajang baru-baru ini? Terpulang kepada pembaca unutk menilainya.

1 ulasan:

  1. ada sik mana2 sumber penulisan bercetak nokboleh jadi rujukan pasal kapal ya? mun ada tolong contact kmk d email blh x? oliverdabit666@gmail.com

    BalasPadam