Pages

25 April 2011

BMI (Body Mass Index)

Tahukah anda apa itu Body Mass Index? Body Mass Index adalah index jisim badan. Kenapa BMI itu perlu? BMI perlu supaya kita tahu adakah kita mengambil pemakanan secara bersesuaian atau di sebaliknya. Kebiasaannya kalau kita memohon pekerjaan seperti Tentera, Polis atau mana-mana pekerjaan di bidang kerajaan, BMI amat penting untuk menentukan sama ada pemohon tersebut memiliki kesihatan yang ideal atau disebaliknya. Body Mass Index boleh dikira dengan formula berikut:


Berat anda dalam kilogram dibahagi dengan (tinggi anda dalam meter dan bahagi lagi tinggi anda dalam meter)
= berat (kg)/Tinggi (m)/Tinggi (m) = BMI.

Sebagai Contoh:

75Kg / 1.68m /1.68m = 26.5 (BMI).

Anda juga boleh mengukur ketinggian anda dengan sentimeter kemudian tukarkan sentimeter itu tadi kepada meter sebagai contoh 168cm kepada 1.68m

Cuba lihat Carta BMI mengikut klasifikasi  WHO yang di bawah ini.




Sekiranya BMI anda Di tahap 25 ke atas atau kurang dari 18.5 ke bawah, ini bermakna anda akan gagal di dalam pemilihan rekrut sama ada permohonan di dalam Ketenteraan, Polis, Kastam dan lain-lain di sektor kerajaan.

Sebelum anda memohon mana-mana pekerjaan di sektor kerajaan, anda harus mengira sendiri tahap BMI anda sebelum anda di kira oleh orang lain. Ini berdasarkan pengalaman saya di mana saya dipertanggungjawabkan mengira BMI pemohon semasa saya di Rejimen 511 Askar Wataniah Kuching Sarawak. Ramai pemohon gagal di dalam pemilihan rekrut kerana terlalu kurus dan terlalu berat.

Nasihat: Anda dilarang menggunakan Formula ini untuk panduan memilih pasangan anda sama ada kekasih atau pun bakal isteri / suami!!! Keikhlasan dan kesetiaan itu harus di utamakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan