Pages

17 April 2011

Pingat Jasa Malaysia (PJM)

PINGAT JASA MALAYSIA


PENGENALAN

Pingat Jasa Malaysia (PJM) telah diwujudkan oleh kerajaan Malaysia pada Mac 2004 di atas perkenan Yang Di Pertuan Agong Ke-11 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bagi mengiktiraf keperwiraan, Keberanian, pengorbanan atau kebaktian yang cemerlang dalam menjalankan kewajipan kepada individu yang pernah berkhidmat di Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia.

INDIVIDU YANG LAYAK



a. Telah berkhidmat bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan dari 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU), atau;

b. Telah terlibat dalam operasi secara berterusan menentang pengganas komunis selama tiga bulan atau lebih dalam tempoh seperti perenggan a, atau;

c. Telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM dalam tempoh seperti perenggan a, atau;

d. Jika tidak memenuhi tempoh yang ditentukan, boleh dipertimbangkan seandainya telah terbunuh, tercedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas untuk menentang pengganas komunis.

CARA MENDAFTAR

Pemohon hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Pingat Jasa Malaysia yang boleh diperoleh di Ibu Pejabat JHEV atau JHEV Cawangan Negeri yang berhampiran ataupun dimuat turun daripada www.jhev.gov.my. Borang tersebut hendaklah dikemukakan ke pejabat JHEV yang berhampiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan