Disebabkan minat terhadap Ragnarok online ini, maka saya membuat server sendiri di Sro dan berharap semua rakan-rakan yang mengenali saya dapat bermain dengan saya semula seprti diwaktu dulu-dulu..Antara rakan-rakan online saya ialah Huyou(filipina), Arrachan(Indonesia), Revan(indonesia), @id$(India), Mayur(India), Answary( Malaysia), Edan(Malaysia), Bomber(Jerman), Matcad(Malaysia), Wiseoldman(Malaysia) dan lain-lain yang tak dapat disebut disini sebab banyak sangat. Kami buat quest sama-sama, mati dalam game pun sama-sama. Nama-nama yang disebut tadi bukan nama sebenar tetapi nama Id dalam game.
Dalam branch rangnarok online ini, mengisahkan dunia Midgard dan terdapat banyak bandar-bandar atau peta yang anda semua boleh jelajah, terdapat banyak monster-monster yang anda boleh jumpa.terdapat quest yang boleh membantu untuk meningkatkan experiance point. lebih kurang Game kategori Adventure map world explore( Open World).
Di Server Sarawak Gigantic Ragnarok Online ini, menggunakan system Renewal Ragnarok yang dimana para player boleh meningkatkan Level sehingga Job yang ke tiga dengan maksimum level 175. Permulaan Matawang Zeny sebanyak 2,000,000z untuk setiap character diberikan. Untuk training ground telah di disable dan para player akan bermula di luar hadapan bandar Prontera. Para Gm juga akan membantu player bagaimana untuk bermain di permulaan level disamping hadiah item dan equipment juga diberikan secara percuma terus berhadapan dengan Gm.
Bagi yang belum tahu tentang Class atau character dalam game ragnarok, Saya akan bagi penjelasan secara ringkas. Sebagai permulaan, anda akan bermula dengan Class Novice, di ikuti dengan job pertama, job kedua, Trenscended Job dan yang terakhir Job ke tiga.
Job pertama dan yang ke dua dan Job trenscended Job anda boleh meningkatkan level sehingga maksimum level 99(Aura biru) dan untuk job yang ke tiga level bermula dari 100 sehingga 175.
Untuk tukar job, para player akan dikehendaki menyelesaikan quest job yang diberikan oleh Npc dan setiap quest job npc adalah berlainan mengikut class job masing-masing sebagai contoh swordman di Bandar Izlude, Acolyte di Church prontera, Thief di Bandar Morroc, Mage bandar Geffen dan lain-lain lagi. Segala panduan dan lokasi anda boleh rujuk website Myrate server.
Dalam Game Ragnarok, Para player juga boleh membuat Kumpulan sendiri seperti Guild. dan Guild Wars Event juga tersedia. Player dapat Guild vs Guild juga Player vs Player.
Bagi yang ingin bermain di private server Sarawak Gigantic Ragnarok Online anda perlu download beberapa file dan pendaftaran akaun. Untuk panduan sila klik di sini Panduan Instal Sarawak Gigantic Ragnarok Online
***UPDATED 22 SEPTEMBER 2016 : Our server (Sarawak Gigantic Ragnarok Online) will be close this 11 October 2016 due to the cost and the server dont have enough player to make server stay online. We are really sorry if any cause due the closing server. its really hard to make this decision after what we have done for the server.. we hope players understand the situation..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan