Pages

16 Mei 2011

Siapa Dan Apakah Itu Blogger?



Post terbaru kali ini adalah mengenai apa itu blog walaupun perkara ini telah disebut untuk sekian lama. Tetapi sebagai rujukan semula, Aku telah pun menulis semula tentang perkara ini.

Ramai lagi yang masih tertanya-tanya. Apa itu blog? Perkataan 'blog' sering keluar dari mulut pemimpin negara kita sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana ada pihak yang menyalahgunakan blog untuk tujuan tersendiri. Oleh kerana ada blog yang percuma dan mudah untuk didaftarkan, seseorang boleh mencipta pelbagai blog dalam masa yang singkat.

Berbalik kepada persoalan 'apa itu blog?', blog adalah singkatan daripada perkataan 'web log'. Mungkin ko orang biasa dengar dua perkataan ini. Contohnya buku log... atau buku catatan, jadi secara amnya web log @ weblog adalah buku catatan secara dalam talian (online). Sebagaimana sebuah diary yang ditulis setiap hari.

Dengan blog, ko orang boleh menyuarakan pendapat atau idea ko orang secara terus ke alam maya, dengan cara ini ko orang juga mampu membentuk satu komuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsian idea ini boleh menjana lebih banyak idea yang sudah tentunya banyak itu lebih baik daripada satu.



Jadi Blogger Sama Seperti Artis ?.




Disini aku akan menerangkan makna Artis itu sendiri terlebih dahulu.
Artis adalah orang yang berkerja di dalam bidang seni, ianya merangkumi pelbagai bidang seperti nyanyian, lakonan, pelukis, pereka graphic atau apa sahaja yang melibatkan dalam bidang seni.
kalau kita lihat perkataan "Art" (seni ) cuba fahami betul-betul, Art itu adalah bermaksud seni, oleh itu artis adalah orang yang berkerja dalam bidang seni, Contoh seperti Seni lukis, Ahli Muzik, Komposer, Penyanyi, kraft tangan dan lain.lain.

Sekiranya Sedemikian, Siapa Itu Blogger ?

Blogger itu adalah orang yang mengendalikan blog iaitu orang yang terdiri dari bidang pekerjaan yang berlainan seperti Artis, Polis, Menteri, Jurutera, Doktor, Peguam, Suri Rumah Tangga, Penggangur, Penjahat, Perompak, Pengarang, Budak Sekolah,  atau siapa sahaja. Blogger itu adalah golongan yang menulis di alam cyber dengan cara dan gayanya tersendiri. Pendek kata, Penulis Alam Cyber.

Blogger Yang Suka Plagiat ?

Bagi pendapat aku, Sebenarnya tidak wujud apa itu "blogger yang suka plagiat". Mereka yang suka plagiat entri blog lain itu bukan dari kalangan blogger, mereka ini adalah dari golongan yang kurang berpengetahuan tentang alam cyber ( buta it ), mereka ini dikategorikankan sebagai orang yang tidak tahu membezakan antara laman web dengan blog, itu sebab mereka menjadi plagiat. Mereka ini juga kurang memahami apa itu sebenarnya blog.

 Ada yang menyatakan yang mereka mempunyai laman web, tetapi bila dilihat apa yang ada pada laman web mereka adalah entri yang disalin semula daripada laman blog yang lain. Sebagai contoh, orang plagiat yang amat keliru dengan dunia cyber, lihat sahaja pada permahaman dari segi domain mereka yang beranggapan hanya laman web sahaja yang mempunyai www.domain.com sebagai contoh,  domain.blogspot.com atau domain.wordpress.com adalah website . Mereka ini kadangkala jenis yang amat keliru sekali dengan keadaan seperti ini.

Sebenarnya mereka yang plagiat entri blog lain ini adalah kurang faham apa beza blog dan laman web sebagai contoh Weblog dan Website. Mereka ingin menyatakan bahawa mereka mempunyai laman web kepada rakan-rakan dan berbangga dengan adanya laman web sendiri. Mereka ini juga  antara golongan yang tidak mahu ketinggalan dalam bidang it sebenarnya, tetapi cara mereka amat salah sekali dan mereka harus diberi tunjuk ajar yang betul dan diberi kefahaman yang betul, bukan disumpah seranah dan dimaki hamun dengan kata-kata yang kesat. Sila ambil perhatian tentang isu ini.

Yang Menjadi persoalannya, Kenapa Seorang Blogger apabila telah terkenal mereka dianggap seperti Artis ?




Sebenarnya begini, Artis bila dah terkenal mereka mempunyai peminat bukan? Itu sebab mereka menjadi artis dan mereka popular dengan kerjaya yang mereka lakukan. Begitu juga dengan Blogger bila dah terkenal dan mempunyai peminat sendiri, mereka 'dianggap' seperti artis tapi permahaman sesetengah individu ini adalah salah sama sekali kerana menjadi blogger ni bukan seperti arti sebenar seperti mana artis yang lain, Sedangkan artis itu sendiri banyak yang telah menjadi seorang blogger. Blogger ini adalah dari kalangan seperti yang aku sebut pada soalan kedua itu tadi. Blogger itu seperti artis adalah tidak benar sama sekali dan anggapan itu amat jauh menyimpang dari makna sebenar.

Satu Lagi Soalan Yang Terakhir, Kenapa Blogger Apabila Sudah Terkenal tidak mempunyai gosip seperti kebanyakan artis ?




Jawapan untuk soalan ini boleh dirujuk semula pada jawapan yang telah aku berikan itu tadi dan sila ambil masa untuk memikirkan sendiri tentang isu itu. Sekiranya terdapat  gosip blogger antara blogger yang lain, tiada siapa pun akan mengambil kisah gosip tersebut. Orang hanya akan ambil kisah  sekiranya blogger itu menulis tentang sesuatu yang akan mengancam keselamatan negara, memfitnah, menghina Sultan dan Keluarga Diraja contoh seperti apa yang Aduka Taruna dan Raja Petra telah buat tetapi itu bukanlah suatu gosip, itu adalah mencari penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan