Pages

16 Oktober 2015

Zello Walkie talkie (PTT) Push To Talk

Hello semua semoga sihat selalu hendaknya..Minta maaf diucapkan kerana sekian lama saya tidak mengupdatekan blog atau sudah lama tidak aktif didalam penulisan blog ini..

Memandangkan saya telah kembali entah timbul dari mana entah, Saya ingin berkongsi dengan saudara dan saudari berkenaan aplikasi Zello Walkie talkie Push To talk (PTT) memandangkan saya sendiri telah menggunakannya di telefon bimbit lenovo Kitkat 500mb ram saya.
Zello Walkie talkie ini adalah percuma untuk digunakan sama ada secara peribadi atau dalam berkumpulan dalam versi SmartPhone dan juga versi Pc (Personal Computer).




Aplikasi tersebut boleh dikatakan teramat lah ringan sistem operasinya sehingga ianya compatible untuk smartphone Os Jelly Bean ke Mashmallow. Bagi penggemar radio komunikasi Amatur, Zello adalah suatu bentuk perhubungan alternatif memandangkannya amat mirip dengan radio komunikasi amatur., kecepatan berkomunikasi hampir seperti percakapan muka dengan muka(Face to face).


Zello walkie talkie juga digunakan oleh pengawal keselamatan di negara lain seperti negara Amerika Syarikat. Ianya juga sesuai bagi mana ahli jawatan kuasa kampung bahagian keselamatan. Tetapi syaratnya ialah kawasan atau daerah dimana lokasi tersebut hendak lah mempunya litupan internet. Bukan untuk permainan perang-perang  di hutan belukar belakang rumah anda.ahahahahah.sungguh pun demikian Zello ptt walkie talkie tersebut boleh menggunakan WiFi Hotspot atau internet seperti Edge, 3G hsdpa juga gprs.


Detail Berkenaan Zello Walkie Talkie (PTT)

  1. KEPANTASAN : Percakapan Zello hampir sepantas percakapan muka berdepan muka.
  2. Mudah Digunakan : Hanya menekan butang untuk bercakap (Push To Talk).
  3. Compatibiliti        : Zello berfungsi dengan sempurna untuk semua jenis smartphone yang menggunakan jellybean os ke atas juga berfungsi sempurna pada WiFi, 3G, Edge dan Gprs.
  4. One To Many : Zello menyokong channel(Group) dimana zelloger dapat berkomunikasi dengan semua orang dalam satu- satu masa dari 1 orang hingga ke 1000 orang.
  5. Voice Recording : Terdapat kemudahan automatic recording atau rakaman  dimana zelogger boleh memainkan semula perbualan.
  6. Volume : 6mb sahaja diperlukan untuk memuat turun aplikasi tersebut.
  7. Pendaftaran : Sangat mudah, Hanya masukkan User Name(User Id), Password dan Email terus aplikasi boleh digunakan.
Download.
Sekiranya berminat, anda boleh mendownload melalui telefon smartphone anda dalam Google Play Store atau anda juga boleh mendownload melalui Pc anda di

Android : Android Apk Installation

Windows Phone : Windows phone Installation


Sekiranya anda berasal dari daerah Serian dan Balai Ringin Sarawak, Anda boleh sertai Group zello seprti link yang diberikan dibawah ini:

Serian Sarawak (Dayak Bumiputera)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan