Posting kali ini aku nak kongsikan macam mana nak letak lirik dalam mp3 player dalam smartphone android kau orang. Mungkin kau orang perasankan semasa kau orang bukak mp3 player telefon kau orang dan terjumpa perkataan atau bahagia dalam telefon kau orang yang tertulis "Please add lyrics file" ?. Sebenarnya untuk letak lirik lagu tu kau orang kena buat file berformat extension seperti " .lrc ". sebagai contoh title file tu " Tinggal Kenangan.lrc " (Type : tagged lyrics). Secara manualnya file tu kau orang buat sendiri dengan mengunakan notepad(text) tu yang kemudiannya di save as sebagai .lrc file dengan menggunakan komputer kau orang.
Contoh Lirik Lagu dalam notepad.
Tapi aku rasa malas lah nak ajar buat lirik lagu file lrc secara manual tu sebab susah sikit caranya tu. Bagi yang pernah atau terbiasa sangat buat secara manual tu memang ok la. Bagi yang baru je nak buat tu memang susah sikit.
Disebabkan tu aku nak berkongsi dengan kau orang buat Lirik lagu dengan menggunakan software LRC Editor 4.0 yang dikategorikan sebagai Freeware ni. Tapi sebelum tu kau orang kena la ada Winamp yang dah siap di install dalam komputer kau orang dulu sebab untuk runningkan lrc editor ni perlukan winamp. kalau dah ada lrc editor 4.0 ni dengan winamp tu kau orang akan tahu lah nanti. Jangan risau sebab aku rasa winamp tu free je untuk download. kau orang search lah sendiri untuk download winamp tu kalau belum install dalam Pc kau orang.
Winamp
Untuk Lrc editor ni aku rasa tak perlu lah nak tutorial ke, nak buat kelas tuisyen ke sebab Lrc Editor ni terlalu noobs atau terlalu senang. Senang macam kau orang kopek kacang tanah tu. Ok sekarang kau orang cek link kat bawah ni untuk download LRC Editor 4.0 ni...Cepat download jangan tunggu sampai orang gila jadikan lrc editor ni berbayar pulak. ehehehe...
LRC Editor 4.0
Di bawah ini ada beberapa contoh screenshot yang mungkin kau orang nak tengok.
Setelah kau orang selesai buat lirik sendiri, kau harus pastikan tajuk atau title lagu lrc file kau orang mesti sama dengan title tajuk file mp3 kau orang sebagai contoh "Tinggal Kenangan.lrc" sama dengan title mp3 kau orang "Tinggal Kenangan.mp3" dan file lrc tersebut harus sama folder dengan file music atau file mp3 yang kau orang nak buat lirik di dalam file manager telefon kau orang sebagai contoh gambar kat bawah ni.
Sampai disini sahaja yang aku nak kongsikan bersama kau orang dan minta maaf minta ampun sekiranya ada kata-kata atau perkara yang menyinggung perasaan para pembaca semua..semoga kita berjumpa lagi..Sayonara....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan