Pages

18 Disember 2015

Penampakan Cahaya Anih di Langit Bandar Serian Sarawak


LAPORAN AWAL SAKSI :

Pada 16 Dec 2015 pada waktu malam diantara 7pm - 11pm dengan keadan cuaca pada malam kejadian agak hujan dan renyai-renyai di sebahagian kawasan di serian dilaporkan ramai saksi sebagai pancaran atau objek bercahaya, Statik, cahaya tidak berkelip, cahaya seakan-akan berpusing. Ada juga saksi yang mengatakan cahaya tersebut seolah-olah tangan “yesus” atau “Malaikat” yang melambai-lambai dan berlegar-legar diruang udara.
Hasil dari pengamatan dari saksi tersebut menimbulkan kesangsian berikutan berbagai versi kisah yang dilaporkan.Ada yang mengatakannya sebagai “Hantu mata merah”,  “Malaikat atau “Tuhan”, dan yang paling terkenal yang telah diviralkan di media social adalah “UFO”. Walaupun sedemikian, terdapat juga yang tidak percaya atau yang sangsi dengan kisah kejadian pada malam tersebut yang menjadi topic perbualan orang ramai. Pihak Polis yang bertugas pada malam tersebut juga merasa bingung dengan apa yang dilihat yang ketika itu berada dikawasan kampung Semukoi Empegang.

ANALISIS DAN PEMERHATIAN INVESTIGATOR :
Setelah pemerhatian dilakukan pada malam ke esokannya mendapati, Pancaran cahaya yang dilaporkan oleh kebanyakan saksi sebagai anih tersebut sebenarnya adalah sejenis lampu spotlight yang berkuasa tinggi kebiasaan yang selalu di gunakan untuk keramaian yang dipancarkan dari tanah dan seterus ke udara dan pancaran tersebut mengenai langit awan.
Oleh sebab lampu spotlight tersebut dapat berfungsi secara “Automatik” telah menyebabkan pergerakan secara rambang dan dari segi sudut lokasi pandangan mata saksi seolah-olah apa yang dikatakan berlegar2 dan berpusing. Sekiranya dilihat dari tempoh jam ianya dilihat iaitu bermula pada 7pm sehingga 11pm atau sehingga 12tgh malam lebih kurang 4 hingga 5 jam tempoh penampakan tersebut, adalah sangat mustahil untuk dikatakan sebagai UFO.
Bayangkan dengan keadaan static selama 4jam hingga 5 jam UFO berlegar atau berpusing dikawasan yang sama selama 2 hari atau 3 hari adalah sesuatu tidak munasabah atau tidak menepati karekter sebuah UFO atau penampakan misterius yang lain.
Apa yang menjadi kemuskilannya, kenapa hanya sebahagian kawasan atau kampong yang dapat melihatnya dan sebahgian lagi tidak? Persoalan ini jugak dapat diambil kira lokasi, Objek pancaran cahaya tersebut, berkeadaan static bermakna tidak bergerak ke lokasi yang lain.
Kesimpulannya adalah kejadian pada malam tersebut tidak berkaitan sama sekali dengan kejadian-kejadian anih seperti UFO, Penampakan Malaikat dan sebagainya.
Pihak Polis Juga telah dimaklumkan bahawa kebetulan pada hari kejadian tersebut juga terdapat konsert atau keramaian yang sedang dilakukan.


Dibawah ini disertakan dengan beberapa gambar dan detail:


(Gambar Atas) Contoh Apa yang mungkin dilihat oleh saksi, Namun dalam kejadian tersebut garisan pancaran cahaya tersebut hampir tidak dapat dilihat kecuali dengan persekitaan yang cukup gelap. Dan pancaran yang mengenai awan atau langit sahaja yang kelihatan bergerak atau berpusing.







(Gambar Atas) Contoh bentuk spotlight yang kebiasaannya digunakan untuk keramaian sama ada dengan jumlah yang banyak spotlight atau satu spotlight, Spotlight tersebut berfungsi atau bergerak secara “Random” Automatik movement.


Pendapat beberapa individu berkenaan kejadian pada malam tersebut.


(Gambar Atas) Gambar palsu penampakan UFO di Bandar Serian yang mungkin digunakan sesetengah individu yang cuba nak ambil kesempatan. Jangan Mudah percaya dengan gambar yang kandungan kualitinya kurang seperti resolution yang sangat kecil.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan