Pages

06 Mac 2011

Blogger Baru

Di sini saya nak berkongsi pengalaman saya yang baru je nak berjinak dengan dunia blogger ni. Masa tu saya tak tahu langsung apa benda yang orang kata pasal blogger ni, nak sentuh keyboard komputer pun dah gerun apa lagi kalau yang melibatkan edit html. Mungkin blogger ni orang yang buat website kot. Apa yang saya tahu, saya taip perkataan kat 'google search' lepas tu saya baca dan hayati apa terkandung kat dalam website tu.

Dalam salah satu dari apa yang saya baca tu saya paling suka tengok gambar lebih-lebih lagi yang berkisah misteri dan pelik. Seronok dapat tengok benda-benda yang macam tu sebab kalau kat luar contohnya baca buku kat kedai menjual buku belum tentu dapat tengok atau baca kisah-kisah menarik seperti yang ada kat internet ni.

Ada seorang rakan sekerja saya ni yang juga adalah seorang blogger telah mengajak saya untuk berjinak dengan dunia blogger ni tapi saya bagi tahu dia bahawa saya tak tahu langsung pasal blogger ni lalu dia pun berkata kepada saya " Cuba lu join blogger, gua tengok lu asyik layan facebook je..".lantas saya pun berfikir, " Aku baru je belajar basic komputer ni, tak kan nak join blogger kot, dah la bukan senang nak buat blog ni.".

Kemudian saya pun setuju je lah dengan cadangan rakan saya yang menyuruh saya menyertai blogger ni. Saya ingatkan selepas mendaftarkan diri sebagai blogger ni dah boleh terus buat post baru, Rupa-rupanya saya kena letak gadget dan 'sign up' sana 'sign up' sini, aduh susahnya. Terpaksalah saya belajar macam mana nak masukkan gadget dan buat post baru ni.





Apa yang saya paling fobia dalam dunia blogger ni adalah 'HTML Code'. Masa tu saya tak faham langsung dengan html code ni. Rakan saya kata saya tak dapat lari dari mengedit html code ni. Copy, paste, coding, edit dan macam-macam lah nak kena buat. Pening kepala saya dibuatnya. Rakan saya ni pun terpaksa lah melayan karenah saya yang tak tau langsung pasal html code ni.Dia kata kadang-kadang code ni nak kena 'adjust' sikit, letak <center>, letak itu, letak ini, arrgh..pening!!. Berdepan la pulak kena letak code iklan seperti 'nuffnang' atau pun 'heart beat' tu.

Dalam seminggu dua tu saya dah mula la faham sikit-sikit pasal html code, buat post terbaru,edit mengedit dan lain-lain hasil dari tunjuk ajar dari rakan saya. Rakan saya tu berpesan agar menjaga hak peribadi diri sendiri dan orang lain sebelum membuat post terbaru dan menghormati hak milik orang lain seperti artkal, gambar dan lain-lain. Lalu rakan saya berpesan lagi kalau nak guna gambar atau artikel yang menjadi hak milik seseorang tu kena lah minta kebenaran terlebih dahulu. Buat post ni tak boleh sebarang dan ikut sesuka hati sehinnga orang lain menjadi marah. Jangan buat artkel yang menyentuh isu yang sensitif.



Kadang-kadang bukan senang nak jadi blogger ni kalau berdepan dengan ketandusan Idea

Susah juga nak menjadi seorang blogger ni untuk orang yang seperti saya yang baru dua bulan nak berjinak dengan dunia blogger ni. Buat blogger ni rupa-rupanya tak sama macam buat ayat karangan dalam sehelai kertas. Tapi seronok juga masuk blogger ni sebab dapat belajar benda baru, dapat kawan baru, berkenalan dengan blogger yang mahir dan lain-lain. Kepada semua rakan blogger, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah banyak memberi dorongan, tunjuk ajar dan yang telah banyak memberi pertolongan kepada saya dan saya amat menghargainya. Tanpa anda semua tak mungkin saya dapat membina sebuah blog Doctor Mobile Team ini dan saya ingin meminta maaf seandainya terdapat kesilapan yang tidak saya sedari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan