Pandangan dari bawah bukit menara
Pengawal tersebut (namanya tidak dinyatakan) mengaku pernah diganggu pada waktu malam dan kadang kala ganguan berbentuk seperti dinding pondok diketuk oleh sesorang dan apabila diperiksa mendapati tiada sesiapa pun yang diluar, kadang kala pengawal tersebut terdengar bunyi seperti orang sedang menebang pokok yang datang dari arah pokok yang penuh dengan akar kayu yang dikenali pokok kiarak.
Pokok Kiarak (Bulatan)
Menurut pengawal itu lagi, Kawasan menara itu sebenarnya didirikan atas sebuah tapak 'Tembawai lama' yang bermaksud bekas tinggalan penempatan orang lama ekoran dari bekas tiang kayu, pokok getah dan tempayan pecah yang di temui di sekitar kawasan menara tersebut. Beliau juga pernah bernimpi berjumpa dengan seorang wanita yang sedang bermain-main berdekatan dengan menara itu.
Pondok pengawal Keselamatan (Atas)
Tidak jauh dari kawasan menara itu terdapat sebuah kisah seram yang diceritakan oleh penduduk tempatan iaitu pernah terlihat bunga yang cantik sekali dengan di ikuti wangian yang harum sekali sedangkan rakan-rakannya yang bersama dengannya tidak melihat bunga ataupun menghidu bau yang wangi. Menurut kepercayaan penduduk di sekitar itu, Bunga dan wangian itu adalah milik hantu buruk belakang atau pun mungkin dikenali ' Antu Indu" iaitu pontianak
Pandangan dari atas bukit menara
Tidak kurang juga kisah seram sebuah lokasi yang tidak jauh dari menara itu yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai 'Tinting Kuda' atau bermaksud Bukit Kuda yang kononnya penah terjadi kepada seorang pembonceng motorsikal yang tiba-tiba motorsikalnya terpadam sendiri semasa sedang menaiki tinting kuda di waktu malam tersebut. Di kisah yang berasingan juga pernah mengatakan penumpang motorsikal tertinggal di belakang tanpa disedari oleh pembonceng motorsikal tersebut semasa sedang melalui di kawasan tinting kuda di waktu malam.
Terpulang kepada anda sama ada untuk mempercayai cerita ini atau pun disebaliknya kerana semua kejadian itu diceritakan oleh penduduk tempatan dan pihak kedua. Tuhan sahaja yang Maha Tahu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan