Pages

01 Februari 2011

Ashen-Seven River City




Ashen ni sebuah game 3D yang mengisahkan seorang lelaki sedang menjejaki adik perempuannya yang telah sekian lama menghilangkan diri yang kemudian telah menerima sepucuk surat yang terakhir dari adiknya itu mengatakan bahawa beliau telah menemui apa yang telah di carinya selama ini iaitu sesuatu yang ajaib dan mengkagumkan di sebuah bandar kosong yang dikenali ' Seven River City '. Namun pencarian adiknya itu membawa padah apabila beliau bersama rakannya elizer telah mengaktifkan sejenis kunci sehingga makhluk yang ganas dikenali sebagai Magabir creature telah bebas.



Oleh itu, lelaki tersebut pergi ke bandar 'Seven river city' untuk mencari adik perempuanya itu dan berhadapan dengan pelbagai jenis makhluk aneh dan merbahaya semasa melalui bandar tersebut. Antara laluan yang bakal ditempuhi ialah terowong bawah tanah, memasuki runtuhan bangunan, bilik yang gelap dan suram, Gereja, Sungai dan menyelam ke dalam kolam.


Untuk bermain didalam Ashen ini anda memegang wtak lelaki tersebut dan harus mencari pelbagai senjata dan ammo atau pun peluru untuk menghadapi makhluk-makhluk yang sentiasa menghalang anda dari meneruskan pencarian sambil anda mencari jalan keluar. Game ini dapat di mainkan oleh 4 pemain sekaligus dalam multiplayer game blutooth. Pastikan anda bermain di waktu malam ketika anda sendirian bagi memastikan tahap kegerunan anda dapat dirasai sendiri.

Hanya untuk N-Gage sahaja



Tiada ulasan:

Catat Ulasan