Pages

20 Februari 2011

Tip-Tip semasa perkhemahan



Aktiviti perkhemahan adalah salah satu daripada riadah yang masih di gemari oleh masyarat dewasa ini, Namun tanpa pengetahuan yang asas tentang aspek keselamatan mungkin membawa padah kepada sesiapa sahaja yang melakukan aktiviti tersebut. Di sini saya akan menghuraikan beberapa panduan yang saya perolehi semasa di dalam tentera yang saya fikir mungkin anda perlukan semasa aktiviti perkhemahan tersebut.


Disini saya akan menyenaraikan beberapa alat atau bahan yang diperlukan semasa perkhemahan iaitu :

  1. Plastik sampah berwarna hitam (Untuk menyimpan pakaian agar tidak basah kerana hujan).
  2. Wisel.(Sekiranya anda tersesat, anda boleh menggunakan wisel dan meniup wisel itu agar dapat didengari oleh rakan anda atau pun penyelamat, Jika anda menjerit dengan suara yang kuat anda mungkin kehilangan tenaga dengan lebih cepat.)
  3. Tali. (Sekiranya terdapat kabus tebal, anda harus mengikat tali ke pinggang anda dan sambungkan ke pinggang rakan anda yang lain agar tidak berpecah dari kumpulan).
  4. Parang dan pisau.
  5. Tali Reben atau nylon asalkan berwarna cerah dan terang.( Sekiranya anda tersesat atau terpisah dari kumpulan anda, keluarkan tali reben tersebut dan di potong  agar menjadi pendek sehingga beberapa bahagian dan ikat tali reben itu di setiap laluan yang anda lintas supaya memudahkan pihak penyelamat menjejak anda.) 
  6. Kompas dan peta (Sekiranya ada).
  7. Garam. (Garam juga perlu ditaburkan disekeliling khemah anda bagi mengelakkan binatang merbahaya seperti ular berbisa yang akan masuk ke dalam khemah. Ini kerana ular menggunakan lidahnya sebagai pancaindera untuk bergerak.)
  8. Pemetik api gas.( Lighter).
  9. Cermin yang kecil.( cermin dapat memantulkan sinaran cahaya matahari yang mungkin dapat di lihat oleh rakan anda ataupun penyelamat semasa anda tersesat).

Pastikan anda tidak berkhemah terlalu dekat dengan tebing sungai

Semasa hendak ke lokasi tapak perkhemahan tersebut anda harus mengambil kira keadaan muka bumi iaitu sungai,bukit, jarak tapak perkhemahan dari perkampungan orang lain, Jenis tumbuh-tumbuhan dan lain-lain. Pastikan tiada pokok atau ranting yang reput di kawasan tapak tersebut. Arah dan kekuatan angin juga perlu di ambil kira kerana meskipun tiada terdapat pokok yang reput dikawasan tapak tersebut kerana kekuatan angin dapat menumbangkan pokok yang besar sekalipun.

Pastikan tiada pokok reput berhampiran tapak anda


Kadang kala kecederaan memang tidak dapat di jangka dan anda mungkin terlupa membawa medic kit. Apa yang anad perlu cari adalah dengan mendapatkan beberapa daun hijau yang segar dan kemudian dihancurkan dengan lumat sehingga mengeluarkan cecair lalu anda harus menampalkan luka itu tadi degan daun tersebut bagi mengelakkan pendarahan. Pastiakan daun tersebut tiadak beracun dengan menggosokkan terlebih dahulu di bahagian lengan yang sensitf dan biarkan selama 5 minit. Kebiasaannya daun yang beracun setelah 5 minit anda akan merasa gatal di kawasan yang anda gosokkan.

Pastikan anda membawa alat bantuan kecemasan


Pastikan tiada haiwan buas di kawasan anda berkhemah dengan memeriksa di sekeliling anda dengan memerhatikan bekas laluan ataupun najis haiwan tersebut. Sekiranya anda memilih tapak perkhemahan berdekatan dengan sungai, pastiakan tiada sarang buaya dengan memerhati tanah di tebing sungai tersebut kerana buaya akan meniggalkan kesan tapak kaki ataupun longgokan daun-daun lama yang di gunakan buaya tersebut untuk menyembunyikan telurnya. Anda juga dapat mengesan kehadiaran buaya tersebut dengan menghidu bau yang busuk kerana tabiat buaya itu yang suka makan bangkai.



Pastikan tiada tanda-tanda buaya di tebing sungai

Berhati-hati juga terhadap harimau terutama sekali harimau kumbang yang gemar memanjat dahan pokok. Sekiranya anda terserempak dengan mana-mana harimau, anda dinasihatkan jangan sekali-kali mendedahkan tengkuk ataupun leher anda dan jangan sesekali membelakangkan haiwan tersebut semasa anda cuba hendak lari. Anda harus berundur ke belakang sambil menghadap haiwan tersebut dengan gerak-geri yang perlahan agar haiwan tersebut tidak terkejut dan terasa terancam dengan tindakan anda.



Sekiranya anda di belit oleh ular sawa, anda dinasihatkan agar mengeluarkan parang anda dari sarung dan sisip kan di pinggang anda dengan menghalakan bahagian yang tajam ke luar supaya ular sawa itu tidak membelit anda dengan lebih kuat. Kebiasaannya ular sawa yang membelit mangsanya akan bertambah kuat belitannya kerana mangsa yang cuba untuk melepaskan diri. Anda juga harus berhati-hati dengan keadaan cuaca buruk seperti petir dan kebiasaannya petir akan menyambar objek yang paling tinggi di kawasan tersebut.






Bagi golongan yang wanita pula, Anda dinasihatkan agar menjaga kebersihan sekeliling dengan tidak membuang tuala wanita sebarangan. Sediakan plastik khas untuk membuang tuala yang sudah digunakan. Saya sudah melihat wanita yang di rasuk makhluk halus gara-gara tuala wanita di buang dengan sebarangan. Sekiranya anda terjumpa sesuatu seperti barang-barang yang lama, anda tidak boleh membawa pulang atau menyentuh barangan yang anda sendiri pun tidak pasti. Didalam hutan yang tebal mengikut pantang larang, anda tidak boleh bercakap ataupun berbual dengan celupar bagi mengelakkan musibah yang menimpa anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan