Pages

14 Februari 2011

Crypto-Zoology



Crypto-zoology adalah lapangan mengkaji haiwan yang dikatakan wujud tetapi gagal dibuktikan kesahihannya. Terma ini juga merujuk kepada kajian terhadap haiwan yang secara amnya telah pupus namun dikatakan pernah dilihat oleh saksi.




'Nabau' Sungai Rajang Sarawak


Orang yang mengkaji lapangan ini pula dipanggil ' Crypto-zoologist ' sementara terma untuk haiwan yang dikategorikan dalam lapangan kajian dipanggil 'Cryptids' juga dikenali sebagai UMA (Unidentified Mysterious Animal). Antara haiwan yang termasuk dalam kajian Crypto-zoology adalah Sea Serpent, Yeti, Ivory-Billed Woodpecker, Okapi, Salawa dan lain-lain.

Loch Ness


The Kraken


Kajian juga melitupi haiwan yang diragui kewujudannya seperti Bigfoot, Minnesota Iceman, Hyote, Ikan Duyung dan Lochness. Terdapat juga kajian haiwan paranormal seperti Mothman, Thunderbird, Wendigo, Phantom Cats, Unicorn, Cyclops, Serigala jadian, Burung Garuda, Burung Cenderawasih dan di Sarawak Malaysia pula seperti 'Nabau' atau dikenali Raja Ular, Buaya Keramat atau dipanggil 'Bujang Senang' (Walaupun jumlah pengkajinya tidaklah ramai seperti dibidang yang lain).

The Great Sea Serpent


Big Foot

Selalu juga para pengkaji lapangan ini tidak turun ke ' tapak kajian' disebabkan ada diantara haiwan tersebut sangat sukar ditemui atau masih diragui kewujudannya serta faktor mustahil untuk ke tempat haiwan tersebut. Antara kaedah yang digunakan ialah mengutip bukti daripada saksi atau pelbagai sumber tulisan zaman dahulu mahupun secara lisan yang diwarisi sejak turun - temurun.

Cacing Maut Monggolia


Rangka Tulang Cacing Monggolia

Oleh kerana tiada bukti yang konkrit, ini bermakna peratusan dari gambar, lisan dan catatan kuno kemungkinan adalah palsu atau tidak benar. Namun sedemikian tidak semuanya palsu dan masih banyak misteri yang belum diterokai oleh manusia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan