Pages

01 Februari 2011

Pathway To Glory


Pathway To Glory adalah game kategori Strategik yang bertemakan perang dunia pertama iaitu peperangan menentang tentera Jerman. Seperti biasa game ini mempunyai kemudahan Multiplayer Game dimana game ini dapat dimainkan 6 pemain sekaligus  sama ada coorperation atau deathmath dengan menggunakan sambungan bluetooth.


Didalam game ini pemain akan memilih sendiri anggotanya yang berlainan unit untuk di bawa ke medan peperangan sama ada single player atau pun multiplayer. Antara unit yang disediakanlah adalah Medical, Sniper, Riffileman, Radio dan unit senjata berat.




Game ini akan menyajikan pemain dengan pelbagai misi dengan bentuk muka bumi yang berlainan disetiap misi yang dijalankan. Pemain akan mengatur anggotanya disetiap penjuru didalam misi pertahanan dan serangan dimana pemain akan berhadapan dengan musuh yang sedang mara di setiap penjuru dengan dilengkapi kereta kebal.



Disini pemain akan merasakan suasana betapa susahnya peperangan menentang jerman dengan kesan khas suara seperti terkena tembakan, jeritan dan suara tentera jerman yang sedang marah. Pemain juga dapat menamakan semula nama watak game tersebut. Game ini juga mengenakan peraturan " Fog of War" dimana pemain harus menghantar peninjau untuk mengenal pasti kedudukan musuh yang tersembunyi di celah-celah lorong perhubungan dan bangunan.






Didalam game ini anda dapat menggunakan kenderaan, meriam, senjata berat, kereta kebal dan lain-lain. Anda harus berlindung disebalik lorong perhubungan bagi mengelakkan diri dari tembakan kereta kebal dan meriam musuh. Game ini hanya tersedia untuk model telefon N-Gage Classik dan N-Gage QD.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan