Pages

29 Januari 2011

Cara-cara untuk memformatkan telefon Nokia S60


Disini saya akan menyatakan bagaimana untuk memformatkan telefon anda yang di jangkiti virus telefon. Secara amnya semua telefon mempunyai kemudahan seperti bluetooth, MMS(Multimedia message) dan lain-lain yang berfungsi untuk menghantar dan menerima file data dari sesebuah peranti lain atau telefon yang mungkin memiliki file rosak atau virus. Kadangkala virus juga boleh dipindahkan melalui pertukaran memory card yang mengandungi virus ke telefon-telefon yang lain.


Tahukah anda bahawa untuk memformatkan telefon hanya perlu menekan beberapa nombor di butang telefon anda sendiri? Anda hanya perlu menaip *#7370# dan anda tidak perlu membuang waktu dan wang anda di kedai atau di premis telefon semata-mata untuk menghapuskan virus tersebut.

Sekiranya anda tidak ingin kehilangan senarai nombor telefon yang terdapat didalam phonebook anda, haruslah mencatatkan terlebih dahulu segala nombor telefon dan dokumen penting yang anda ada di sebuah kertas yang lain kerana dengan memformatkan telefon tersebut anda akan menghapuskan kesemua data yang ada di dalam memory telefon anda.

Sebagai nasihat, anda tidak digalakkan untuk mem'backup' kan file data yang terdapat didalam memory telefon anda kerana dikhuatiri ter'backup' virus yang terdapat didalam telefon tersebut. Kebiasaannya virus akan menjangkiti ke segala sistem telefon dan memory card dan apabila itu terjadi, anda tidak berpeluang mem'backup' semula telefon anda.



Setelah anda selesai mencatatkan senarai nombor telefon anda dan dokumen penting yang lain di sebuah kertas, anda taipkan *#7370# dan telefon anda akan meminta anda memasukkan kod keselamatan (Security Code). Sekiranya anda belum pernah menukar kod tersebut, anda hanya masukkan kod asal Nokia iaitu 12345 dan tekan OK kemudian tunggu sebentar sementara telefon anda sedang diformatkan. Sekiranya anda terlupa kod anda sendiri, sila rujuk artikal saya iaitu master code nokia 2000-2009.

Sementara memory card pula harus di format dengan menggunakan komputer dan tidak dibenarkan sesekali memformatkan memory card yang mengandungi virus itu tadi dengan menggunakan telefon yang telah di formatkan.

Panduan sebelum anda memformatkan telefon:
  1. Pastikan segala applikasi telah di tutup.
  2. Sekiranya anda menggunakan tulisan (Font), anda harus membuangkan tulisan tersebut dari system 'C" anda dengan menggunakan Fileman yang anda ada kerana sekiranya font tersebut masih berfungsi akan mengganggu proses formatting pada telefon disebabkan "Font in use".
  3. Catat segala nombor telefon dan lain-lain dokumen seperti mesej,e-mail,nota dan lain-lain di sebuah kertas.
  4. Sila keluarkan memory card anda terlebih dahulu sebelum formatting.
  5. Pastikan ruang memory telefon anda mencukupi untuk proses formatting.
NOTIS: Berhati-hati dengan telefon yang tertera commwarrior dan Matrix pada operator logo telefon tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan