Pages

30 Januari 2011

Langsuir

Kisah benar ini berlaku pada dua tahun yang lepas iaitu tahun 2009 semasa hari raya pertama dan bila tarikh tersebut terjadi saya tidak mengingatinya semula. Cerita ini pun rakan saya yang ceritakan semasa beliau dalam tahanan di balai pengawal kami kerana terlibat dengan kes tidak hadir tanpa tugas di ikuti seorang lagi tahanan dengan kes yang sama juga iaitu tidak hadir tanpa tugas dan nama mereka tidak perlulah saya sebutkan di sini. Kisah ini berlaku lebih kurang dalam jam 3.00pagi. Menurut rakan saya itu lagi, ketika itu beliau terasa ingin membuang air kecil lalu dia telah memanggil anggota yang bertugas pada hari kejadian itu, namun tiada siapa yang menyahut kerana semua anggota yang bertugas semasa kejadian itu tidak di benarkan untuk melayan dan membuka pintu guardroom kepada anggota tahanan tersebut kerana di khuatiri tahanan itu akan cuba melakukan pelbagai helah untuk melarikan diri. Mereka hanya dibenarkan keluar hanya pada waktu siang sahaja iaitu untuk mandi dan makan.

Ketika beliau sedang memanggil dan tidak di layan oleh anggota pengawal yang bertugas pada pagi itu, beliau terkejut kerana terlihat kelibat wanita dengan berpakaian putih sedang duduk di tembok tiang bendera yang hanya 20 kaki dari guardroom tempat beliau di tahan. Menurutnya lagi makhluk yang beliau lihat itu dipercayai langsuir berdasarkan pada rupa paras yang pernah diceritakan oleh anggota yang pernah melihatnya juga. Ketika beliau melihat makhluk itu sedang duduk di tembok tiang bendera tersebut, Tiba-tiba makhluk itu telah mengalihkan perhatian  ke arah beliau dengan renungan yang sangat tajam dan bengis.




Lantas terus beliau menuju kembali ke tempat beradu dan beliau terpaksa membuang air kecil ke dalam botol mineral kosonng sahaja. Sebenarnya sahabat saya ini di kenali sebagai orang yang berani dan berjiwa besi, mungkin pengalaman ngeri tersebut telah melemahkan semangat beliau yang berjiwa kental.



Keesokan harinya beliau menceritakan kejadian kelmarin tersebut kepada saya dan anggota yang lain dan kami tidak hairan dengan kisah pengalaman ngeri yang beliau ceritakan kerana kami dan seluruh penghuni di kem ini tahu akan sejarah silam di kem ini. Namun kami tidak pasti dari manakah datangnya langsuir itu dan ianya tetap menjadi misteri  sehingga kini.



Bayangkan anda sedang bertugas diwaktu malam yang sunyi


Kesemua gambar (Diatas) tersebut diambil pada jam kira-kira 2 pagi


*Kisah ini adalah pengalaman sebenar yang diceritakan semula oleh saudara Kenny Tomy yang menetap di Setapak, Kuala Lumpur dan terima kasih kerana sudi berkongsi kisah tersebut kepada kita semua dan sesiapa yang ingin berkongsi kisah menarik, sila hantarkan kisah anda kepada saya di janovic.sibang@gmail.com dan anda boleh juga berkongsi di Facebook kami.

Terima Kasih..

1 ulasan:

  1. To Kenny Tommy: Boy, kau comment sikit citer yg kau suruh aku publish ni..tp kau kena la sign up kat google account dulu...sign up kat Google mail(gmail.com).baru ler dpt comment..

    BalasPadam