Pages

21 Januari 2011

Histeria



           Saya ada satu cerita tentang pengalaman seram yang saya alami pada tahun 2006 semasa latihan menembak di padang sasar simpadi kuching. Ketika itu jam  menunjukkan 8:30 malam dan kebanyakkan peserta sedang berbaring di sebuah tempat terbuka yang tidak berlampu untuk melepaskan lelah setelah selesai menembak. Tidak jauh dari tempat saya berbaring saya terlihat koperal Andrew sedang sibuk menjual rokok, air tin, maggie mee dan pelbagai barangan keperluan yang lain kepada peserta. Ramai juga peserta pergi membeli barang dari koperal Andrew.



      Tiba-tiba kami di kejutkan oleh satu suara jeritan yang menyeramkan datang dari tempat penginapan jurulatih. Kesemua kami yang tidak jauh dari tempat jeritan tersebut terasa hairan dan cemas.
Lantas koperal Andrew pun berkata kepada kami, "aku dah bagi tau pada dia orang awal-awal lagi!!!.  Tempat penginapan wanita di atas bukit tu 'terlalu panas' untuk perempuan!, Tengok! Apa dah jadi?!!, Dah kena seorang pula yang kena rasuk, Haa! Sekarang siapa nak tanggung jawab tu.. !?".  Lalu koperal Andrew menyambung kembali kata-kata tadi sambil merenung ke arah kami yang masih tertanya-tanya. "kalau kamu semua nak tahu, tempat ini keras!, Tempat berdarah faham!, bayangkan dah berapa ramai yang mati terkena tembakan. Kamu semua jangan tidur di tempat yang sebarangan jika kamu semua ragu-ragu dengan tempat ini. Tempat ini dah lama wujud! Tengok tu..! perempuan dah kena!".
      Setelah itu kami semua diarahkan ketua jurulatih untuk 'Roll Call' lebih awal kerana kebiasaannya kami 'Roll Call' pada jam 10 malam setiap hari. Kami semua pun berbaris mengikut kompeni masing-masing dihadapan penginapan jurulatih. Masa itu lah semua mata kami tertuju ke arah perempuan  sedang histeria yang teramat sangat. Memang menggerunkan melihat perempuan itu sedang menangis ketakutan seolah-olah terlihat sesuatu yang dahsyat yang tidak dapat di lihat oleh mata kami semua. Tiba-tiba..."baris-baris sedia! Senang diri! Selamat malam skot!!?", Rupa-rupanya KSM (Kompeni Sarjan Mejar) yang memberi arahan tersebut. Lalu kami menjawab dengan serentak sambil menghentakkan kaki kiri "selamat malam encik!".  Lalu KSM itu pun bertanya sama ada kami tahu apa yang sedang terjadi di depan mata kami. Kami pun menjawab"tahu encik". Selepas itu KSM itu pun bagi taklimat ringkas tentang asas keselamatan berhubung kejadian histeria yang sedang berlaku kepada Prebet Zai (bukan nama sebenar) .Setelah jam menunjukkan pukul 11:30 malam, prebet Zai pun telah pulih dan kami semua di arahkan pulang ke 'base' masing.


     Semasa saya sedang berbaring di tempat saya sendiri, lalu saya pun berfikir "memang pelik kejadian histeria tadi. Walaupun tidak kelihatan di mata tetapi sebenarnya wujud di sekeliling manusia". Lalu saya cuba untuk memejam kan mata kerana hari esok latihan menembak akan bermula. Ramai juga yangg sudah pun terlena dibuai mimpi. Hanya dua atau tiga orang sahaja yang sedang berbisik tentang kejadian tersebut selain anggota yang telah ditugas untuk pengawal malam .
    Jadi saya ingin bertanya pendapat dari pembaca yang di hormati tentang kes histeria yang kerap berlaku terutama sekali kes histeria yang dialami golongan wanita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan