Pages

20 Januari 2011

Ghost Recon Jungle Storm Game


Game ini adalah yang paling diminati oleh penggemar game N-Gage kerana fungsi multiplayer game dan jalan cerita game tersebut yang mampu membuatkan pemain fokus terhadap game ini.Game ini dikategorikan sebagai aksi tembak-menembak dan misi dimana pemain harus menyelesaikan objektif penting seperti mencari dan memusnahkan musuh, memasang bom demo charge dan menyelamatkan tawanan.
     Didalam game tersebut pemain  akan menjadi sebagai watak askar yang bernama C.Coalwater dimana pemain akan mengatur kedudukan anggota bawahannya semasa bertempur didalam misi "fight agains terrorist". pemain juga akan dilengkapi senjata ringan dan berat untuk berhadapan dengan musuh. Antara senjata utama yang disediakan ialah Mp5 Submachine, AW-Covert Sniper, M249 Machinegun, AK-47 Assault, M16 Assault, M4 Assault, M82A1 Sniper dan M60 Machinegun. Untuk Pilihan senjata yang kedua ialah M9 Pistol, M203 Genade Launcher, M136 Rocket Launcher dan Binoculars.
   Setiap senjata tersebut mempunyai kelemahan dan kelebihan yang akan dipaparkan diskrin telefon bagi memudahkan pemain melihat dan memilih senjata yang dikehendaki seperti gambar yang tertera dibawah ini:




    Bahagian yang paling diminati didalam game ini ialah multiplayer game dimana 8 pemain dapat bermain bersama-sama dengan menggunakan sambungan Bluetooth  hanya jika pemain mempunyai model telefon yang sama dan mempuyai game ghost recon jungle storm. Didalam multiplayer game tersebut pemain dapat memilih mana-mana kategori game seperti "Deathmatch, Survival, Defend dan Coorperation. Semasa di multiplayergame ini pemain juga dapat memilih watak seperti Ghost Recon, Special Force, Terrorist, Rebel, Terrorist 2, Rebel 2,  Male Civilian, Female Civilian, Boss, AID Worker, Informant, Women Soldier 1, Women Soldier 2, Gameloft dan yang terakhir Elite Ghost Recon.


   Pemain juga dapat memeriksa keadaan status sekeliling, kedudukan rakan pemain, baki peluru, dan objektif misi yang tertera dibawah skrin telefon. apa yang membuat game ini menarik ialah pemain terpaksa menyelesaikan objektik misi tanpa gagal dan menyelesaikan kesemua tahap didalam Challenges untuk membuka ganjaran baru seperti karekter, Senjata, Map dan cheats.

Statistik Profil

Special Force Team

Sniper


Link untuk Free download Ghost Recon Jungle Storm:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan