Didalam dunia ni kita dapat melihat pelbagai model telefon yang canggih mengikut fungsi yang berlainan. Kecanggihan telefon tersebut bukan sekadar menulis SMS atau pun membuat panggilan malah dengan kemudahan seperti 3G,video,Mp3 dan lain-lain.
Di sini kita akan lihat kenapa model Nokia N-gage masih diminati oleh individu - individu pelbagai umur. Model tersebut dicipta khas untuk penggemar -penggemar permaianan video yang ingin merasai kelainan pada telefon bimbit mereka dimana mereka dapat menghilangkan rasa bosan dan bermain dengan rakan - rakan yang lain melalui Multiplayer Game dengan menggunakan Bluetooth. Pelbagai game telah disediakan khas untuk N-gage seperti Ghost Recon, Call Of Duty, Moto GP, Rayman 3 dan lain - lain game yang pasti menyeronokkan dan dapat berkongsi bersama semasa bermain multiplayer game.
Apakah itu Multiplayer Game? Multiplayer Game adalah sesuatu fungsi yang membenarkan sesebuah game itu dapat dimainkan dua pemain sehingga 8 pemain sekaligus dengan menggunakan Bluetooht. Memory Card (MMC) disediakan dalam 256Mb, 512Mb dan 1Gb khas untuk N-Gage QD dan N-Gage Classic.
Dengan harga di pasaran saya pasti model tersebut mampu untuk dibeli iaitu dalam anggaran Rm 280 sehingga Rm 350 sahaja mengikut lokasi tertentu. Sekarang terdapat pelbagai model N-Gage terbaru telah dicipta untuk kemudahan yang lebih canggih.
Masih terdapat banyak lagi Game yang disediakan oleh N-gage dan semuanya disediakan khas untuk Telefon model N-Gage dan N-Gage QD.
Video N-Gage
Tiada ulasan:
Catat Ulasan