Pages

18 Januari 2011

Photoscape v3.5 Image Editor



   Photoscape adalah software untuk komputer yang dapat mengedit gambar mengikut kesesuaian dan kehendak anda disamping kemudahan seperti "red eye correction, Clone stamp, crop, Brightness, Sepia tone, Resize" dan lain-lain lagi menarik di dalam photoscape tersebut.

    Apa yang menariknya anda boleh mengedit gambar kesayangan anda untuk dikongsikan di Facebook, Twitter dan lain-lain.



  Anda boleh melihat sendiri hasil gambar-gambar  yang telah di editkan dengan menggunakan photoscape v3.5 ini.


                                         


Gabungan page Combaine dan page Editor Clone Stamp ( Gambar atas)



   Disini saya akan memperkenalkan beberapa bahagian tertentu yang terdapat pada Editor clone stamp iaitu :

1)  Editor.
2) Tool.
3) Clone Stamp.
4) Notis atau penyata bagi alatan yang berkaitan.
5) Red Eye  Correction berfungsi untuk menghilangkan kesan pantulan cahaya pada mata yang berpunca dari flsh kamera.
6)  Mosaic berfungsi seakan - akan penapisan pada gambar dengan kesan kabur berpetak segiempat.
7) Zoom In / Zoom Out  adalah alat untuk menyelaras ukuran saiz gambar yang dikehendaki semasa sedang mengedit gambar tersebut.
8) Rotation adalah untuk menggerakkan gambar ke kedudukan yang dikehendaki sebanyak 45 darjah ke kiri atau ke kanan.
9) Anda juga dapat mengutip warna yang anda kehendaki hanya clik kan pada  Color Picker dan clik kan pada mana - mana warna yang terdapat pada bahagian gambar tersebut dan  clik pada paint brush untuk mewarnakan gambar tersebut.


    Anda juga boleh menggabungkan beberapa gambar menjadi satu gambar dan juga dapat menambah beberapa kesan khas pada gambar tersebut seperti "Frame, Page" dan lain-lain lagi pilihan alatan untuk digunakan semasa mengedit gambar.


Brightness Editor :

1) Editor.
2) Home.
3) Kesan khas untuk sepia tone, Film dan lain - lain.
4) Crop atau Cut berfungsi sebagai gunting.
5) Frame adalah pilihan dengan pelbagai bentuk bingkai gambar yang  ingin ditambahkan pada gambar . 
6)  Anda juga boleh membesarkan atau mengecilkan saiz  pada gambar tersebut dengan menekan butang Resize. 
7) Sharpen adalah alat kesan khas untuk anda untuk menyelaraskan ketajaman pada gambar tersebut.
8) Anda juga dapat menapis bahagian tertentu pada gambar tersebut dengan kaedah filter yang pelbagai pilihan.
9) Gambar sebelum dieditkan.
10) Gambar yang telah  dieditkan dengan menggunakan clone stamp.
11) Anda juga dapat kembali ke proses edit yang asal setelah tersalah mengedit gambar dengan alatan undo.
12) Adalah alatan untuk anda menyelaras tahap kecerahan warna dan lain - lain pada gambar tersebut .
13 ) Saiz resolution adalah jumlah info saiz untuk sesuatu gambar anda yang mahu dieditkan.


    Bahagian fungsi utama photoscape ini adalah Editor, Batch Editor, Page, Combine, Animated GIF, Print, Spltter, Screen Capture atau Screen shot, Color Picker, Raw Converter, Rename, Paper Print dan yang terakhir sekali adalah Viewer.

Jika anda inginkan Software ini, Anda perlu klik kan pada Links yang tertera di bawah ini untuk Download :
*Tiada pendaftaran diperlukan untuk mendownload file dan ianya Percuma.




Photoscape v3.5 adalah versi penuh percuma download. Harap anda semua menyukai software tersebut dan pastikan anda sentiasa 'up to date antivirus' anda sebelum memuat turun kan sesuatu software.

Ingin tahu dengan lebih lanjut tentang photoscape? Klik Link yang di sediakan di bawah ini:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan