Pages

27 Januari 2011

Hidup dan mati di tangan sendiri

 Alkisah dua pemuda yang mengembara ke dalam hutan kerana hendak berguru kepada orang tua yang tinggal di atas gunung itu, ramai orang berguru dengannya sudah berjaya menjadi pahlawan yang gagah perkasa dan bijaksana. Setelah 2 jam mendaki gunung tanpa henti, akhirnya sampai jugalah ke tempat yang dihajatkan. Lalu dua pemuda itu pun mengetuk pintu yang kelihatan usang itu..Tidak lama kemudian orang tua itu pun membukanya dengan mengucap assalam'kum dan seraya itu juga dua  pemuda itu tadi pun serba salah kerana sebelum masuk ke rumah orang harus mengucap assalam'kum sebagai tanda penghormatan kata org tua itu kepada dua pemuda tadi.


Setelah mereka masuk, mereka berdua pun terus dijemput duduk oleh orang tua itu tadi. Orang tua itu pun bertanya," Apa hajat anak muda datang ke sini?" Lalu salah seorang dari dua pemuda tersebut pun menjawab, "kami datang ni nak menimba ilmu daripada tok", Orang tua itu hanya mengangguk-angguk kepala sahaja sebagai memahami niat dua pemuda itu. Namun dua pemuda tersebut kurang percaya akan kebolehan orang tua itu yang telah berjaya membimbing pelajar-pelajarnya hingga berjaya. Lalu dua pemuda itu bercadang ingin menguji kebijaksanaan tok guru itu. Kemudian mereka bertanya satu soalan yang berbunyi, "Adakah anak burung yang saya genggam di jari ini masih hidup atau mati.?". Tok guru tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh dua pemuda itu, lalu tok pun pandang ke arah awan yang dipenuhi kabus..


Sekian lama tok membisu lalu tok pun menjawab, "Jika tok kata hidup, kalian berdua akan menggengam jari dengan kuat supaya burung itu mati, Manakala jika tok kata mati, kalian berdua tidak akan menggengam jari dengan kuat, supaya burung itu tetap hidup, jadi jawapan tok ialah hidup dan mati berada di tangan kalian sendiri". Lalu dua pemuda itu pun terasa malu dan tunduk kepada kebijaksanaan tok guru itu. Dan dua pemuda itu pun berkata," kami akan buat yang terbaik dan tidak akan menghampakan hati tok guru dan ke dua ibu bapa kami...



Kisah diatas tersebut dikirim oleh Mohd hafiz Bin Abdullah yang menetap di Serian,Sarawak dengan pesanan untuk rakan-rakannya di tingkatan 5 "Sedarlah, Bangkitlah, dan berusaha kerana SPM 2011 akan menjelang tiba tidak lama lagi. Gagal atau Lulus berada di tangan sendiri.

Terima kasih kepada saudara Hafiz untuk cerita itu tadi dan sesiapa yang ingin berkongsi cerita di halaman ini boleh menghantarkan kisah anda di janovic.sibang@gmail.com.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan