' The sim bustin out' ini dikategorikan sebagai game strategik dan adventure dimana pemain harus memperolehi perhatian di penduduk pekan tersebut untuk menyelesaikan objektif yang diperlukan bagi meneruskan permainan ini.Apa yang uniknya tentang game ini ialah game tersebut disediakan bangunan,kedai untuk membeli barangan keperluan rumah ,taman bunga,pantai perpustakaan, bangunan kelab malam, pekerjaan dan lain-lain lagi yang pasti menghiburkan sesiapa sahaja.
Bukan setakat itu sahaja, pemain harus mengumpulkan segala tin dan sampah yang terdapat disekitar pekan untuk di kitar semula di makmal dan pada yang sama memdapat ganjaran wang dari makmal itu. Pemain juga dapat membida barangan diantara penduduk pekan dengan tawaran harga yang dikehendaki oleh pihak pembida di dalam game ini. Pemain game ini harus membeli barangan dikedai-kedai kerana ianya amat penting untuk pemain meng-upgrade kepakaran watak pemain seperti tahap kriativiti, mekanikal,masakan,logik,karisma penampilan diri dan tahap fizikal watak pemain itu sendiri.
Apa yang mencabar semasa bermain game ini ialah pemain harus mengekalkan dan menjaga perasaan penduduk di pekan ini melalui pertanyaan dan persoalan yang disediakan semasa berinteraksi dengan penduduk pekan supaya mendapatkan pengundian yang diperlukan untuk menjadi sebagai ahli parlimen di daerah pekan ini.
Pemain game ini akan disediakan dengan dua watak permainan ini iaitu gender perempuan dan lelaki.Pemain juga dapat memilih Zodiak, tahap sikap seperti malas, rajin pemalu,periang,aktif dan lain-lain yang dapat mempengaruhi watak pemain semasa bermain game tersebut
Untuk memuat turun game ini anda hanya mengklikkan link yang dibawah ini :
SELAMAT MENCUBA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan