Pages

16 Mei 2011

Siapa Dan Apakah Itu Blogger?



Post terbaru kali ini adalah mengenai apa itu blog walaupun perkara ini telah disebut untuk sekian lama. Tetapi sebagai rujukan semula, Aku telah pun menulis semula tentang perkara ini.

Ramai lagi yang masih tertanya-tanya. Apa itu blog? Perkataan 'blog' sering keluar dari mulut pemimpin negara kita sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana ada pihak yang menyalahgunakan blog untuk tujuan tersendiri. Oleh kerana ada blog yang percuma dan mudah untuk didaftarkan, seseorang boleh mencipta pelbagai blog dalam masa yang singkat.

Berbalik kepada persoalan 'apa itu blog?', blog adalah singkatan daripada perkataan 'web log'. Mungkin ko orang biasa dengar dua perkataan ini. Contohnya buku log... atau buku catatan, jadi secara amnya web log @ weblog adalah buku catatan secara dalam talian (online). Sebagaimana sebuah diary yang ditulis setiap hari.

Dengan blog, ko orang boleh menyuarakan pendapat atau idea ko orang secara terus ke alam maya, dengan cara ini ko orang juga mampu membentuk satu komuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsian idea ini boleh menjana lebih banyak idea yang sudah tentunya banyak itu lebih baik daripada satu.

28 April 2011

Tutorial Banner Code

Kali ini aku nak tunjuk macam mana nak dapatkan dan letak code banner ni utk blog kau orang semua..Tapi kau orang kena la buat banner sendiri dulu ye sebab tutorial ini untuk meletakkan code banner kat gambar kau orang je..Mula-mula tu aku nak bagi tau kau orang la kan banner kau orang tu mesti la dalam tak lebih dari 200x200 mengikut citarasa dan kesesuaian kau orang sendiri..dan banner yang kau orang buat tu nanti mesti dalam format jpeg atau pun Png sebab kalau nak buat banner bergerak macam Animasi tu takut tak menjadi la plak kan? Tak larat la hamba nak menjawap nanti...Sekarang tanpa berlengah lagi jom kita tengok gambar ni secara berperingkat..

25 April 2011

BMI (Body Mass Index)

Tahukah anda apa itu Body Mass Index? Body Mass Index adalah index jisim badan. Kenapa BMI itu perlu? BMI perlu supaya kita tahu adakah kita mengambil pemakanan secara bersesuaian atau di sebaliknya. Kebiasaannya kalau kita memohon pekerjaan seperti Tentera, Polis atau mana-mana pekerjaan di bidang kerajaan, BMI amat penting untuk menentukan sama ada pemohon tersebut memiliki kesihatan yang ideal atau disebaliknya. Body Mass Index boleh dikira dengan formula berikut:


Berat anda dalam kilogram dibahagi dengan (tinggi anda dalam meter dan bahagi lagi tinggi anda dalam meter)
= berat (kg)/Tinggi (m)/Tinggi (m) = BMI.

Sebagai Contoh:

75Kg / 1.68m /1.68m = 26.5 (BMI).

Anda juga boleh mengukur ketinggian anda dengan sentimeter kemudian tukarkan sentimeter itu tadi kepada meter sebagai contoh 168cm kepada 1.68m

Cuba lihat Carta BMI mengikut klasifikasi  WHO yang di bawah ini.

17 April 2011

Pingat Jasa Malaysia (PJM)

PINGAT JASA MALAYSIA


PENGENALAN

Pingat Jasa Malaysia (PJM) telah diwujudkan oleh kerajaan Malaysia pada Mac 2004 di atas perkenan Yang Di Pertuan Agong Ke-11 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bagi mengiktiraf keperwiraan, Keberanian, pengorbanan atau kebaktian yang cemerlang dalam menjalankan kewajipan kepada individu yang pernah berkhidmat di Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia.

INDIVIDU YANG LAYAK

20 Mac 2011

Lawatan Perdana Menteri Malaysia Di Bandar Serian Sarawak

Pada 19 Mac 2011 Perdana Menteri Malaysia Y.A.B Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak telah membuat lawatan ke bandar Serian yang disambut tinggi dan meriah oleh seluruh penduduk di bandar Serian kira-kira jam 10:30 pagi. Dengan kehadiran beliau tersebut telah banyak membantu rakyat di sekitar Bandar serian dengan meluluskan beberapa projek pembangunan yang bernilai jutaan ringgit. Disamping itu juga beberapa pameran telah diadakan dan yang terlibat di dalam pameran tersebut terdiri dari Majlis Daerah Serian, Sarawak Tourism Board, Jabatan Meteorologi Malaysia, Unit Keselamatan Negeri Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Sarawak Government Online Job Application System, Jabatan Pertahanan Awam, Polis Diraja Malaysia, dan lain-lain lagi.

Gambar Suasana Semasa Pameran Dijalankan Di Bandar Serian.


Pihak PDRM sedang memberikan taklimat berkenaan isu keselamatan kepada anggotanya.

13 Mac 2011

Rahsia Kod Komunikasi Comcode 2582

Hari ni aku nak tunjuk salah satu dari 16 kod komunikasi atau pun Comcode yang mungkin agak seronok juga sekiranya digunakan untuk menulis sebuah karangan atau pun di sebuah diari. Aku masih ingat lagi semasa aku di zaman waktu sekolah dahulu iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Pelangi Johor Bahru dimana aku dan geng-geng sekelas menggunakan kod komunikasi ni untuk menyampaikan maklumat rahsia iaitu tentang masalah disiplin pelajar kepada guru disiplin semasa dalam Geng mata-mata gelap diwaktu sekolah dahulu.

07 Mac 2011

Tower Berpuaka?


Sebuah bukit menara yang terletak di jalan Serian Balai Ringin Sarawak (Lokasi sebenar tiadak dinyatakan atas sebab keselamatan dan kerahsiaan) pernah dikatakan berhantu oleh pengawal keselamatan yang bertugas di menara tersebut terutama sekali pengawal di waktu malam.

06 Mac 2011

Blogger Baru

Di sini saya nak berkongsi pengalaman saya yang baru je nak berjinak dengan dunia blogger ni. Masa tu saya tak tahu langsung apa benda yang orang kata pasal blogger ni, nak sentuh keyboard komputer pun dah gerun apa lagi kalau yang melibatkan edit html. Mungkin blogger ni orang yang buat website kot. Apa yang saya tahu, saya taip perkataan kat 'google search' lepas tu saya baca dan hayati apa terkandung kat dalam website tu.

Dalam salah satu dari apa yang saya baca tu saya paling suka tengok gambar lebih-lebih lagi yang berkisah misteri dan pelik. Seronok dapat tengok benda-benda yang macam tu sebab kalau kat luar contohnya baca buku kat kedai menjual buku belum tentu dapat tengok atau baca kisah-kisah menarik seperti yang ada kat internet ni.

Ada seorang rakan sekerja saya ni yang juga adalah seorang blogger telah mengajak saya untuk berjinak dengan dunia blogger ni tapi saya bagi tahu dia bahawa saya tak tahu langsung pasal blogger ni lalu dia pun berkata kepada saya " Cuba lu join blogger, gua tengok lu asyik layan facebook je..".lantas saya pun berfikir, " Aku baru je belajar basic komputer ni, tak kan nak join blogger kot, dah la bukan senang nak buat blog ni.".

Kemudian saya pun setuju je lah dengan cadangan rakan saya yang menyuruh saya menyertai blogger ni. Saya ingatkan selepas mendaftarkan diri sebagai blogger ni dah boleh terus buat post baru, Rupa-rupanya saya kena letak gadget dan 'sign up' sana 'sign up' sini, aduh susahnya. Terpaksalah saya belajar macam mana nak masukkan gadget dan buat post baru ni.





Apa yang saya paling fobia dalam dunia blogger ni adalah 'HTML Code'. Masa tu saya tak faham langsung dengan html code ni. Rakan saya kata saya tak dapat lari dari mengedit html code ni. Copy, paste, coding, edit dan macam-macam lah nak kena buat. Pening kepala saya dibuatnya. Rakan saya ni pun terpaksa lah melayan karenah saya yang tak tau langsung pasal html code ni.Dia kata kadang-kadang code ni nak kena 'adjust' sikit, letak <center>, letak itu, letak ini, arrgh..pening!!. Berdepan la pulak kena letak code iklan seperti 'nuffnang' atau pun 'heart beat' tu.

22 Februari 2011

Kod Ringkas untuk Nokia S60.




Disini saya akan menunjukkan secara ringkas kepada anda tentang kod-kod ringkas yang terdapat pada Nokia S60 dan masih banyak lagi kod-kod ringkas yang lain namun saya tidak paparkan disini kerana kebanyakannya mungkin tidak menyokong model nokia yang lain.

20 Februari 2011

Tip-Tip semasa perkhemahan



Aktiviti perkhemahan adalah salah satu daripada riadah yang masih di gemari oleh masyarat dewasa ini, Namun tanpa pengetahuan yang asas tentang aspek keselamatan mungkin membawa padah kepada sesiapa sahaja yang melakukan aktiviti tersebut. Di sini saya akan menghuraikan beberapa panduan yang saya perolehi semasa di dalam tentera yang saya fikir mungkin anda perlukan semasa aktiviti perkhemahan tersebut.

14 Februari 2011

Crypto-Zoology



Crypto-zoology adalah lapangan mengkaji haiwan yang dikatakan wujud tetapi gagal dibuktikan kesahihannya. Terma ini juga merujuk kepada kajian terhadap haiwan yang secara amnya telah pupus namun dikatakan pernah dilihat oleh saksi.

07 Februari 2011

Kisah sebenar "Silent Hill"

Jika anda sudah familiar dengan filem Silent Hill dan permainan anda mungkin akan memahami apa yang artikel ini mungkin nyatakan. Silent Hill sebenarnya adalah survival horror video game franchise, dikembangkan dan diterbitkan oleh Konami, yang kemudian diadaptasi menjadi sebuah filem yang menceritakan tentang seorang ibu dan anak yang berjuang untuk melintasi melalui tempat yang menyeramkan dan penuh mimpi buruk sisa-sisa dari kota Silent Hill.

Di satu tempat iaitu Centralia, sebuah kota sunyi atau dikenali sebagai bandar hantu yang terletak di negara columbia, Penslylavania Amerika Syarikat pernah dihuni oleh lebih dari 5.000 orang pada tahun 1960 dengan kemudahan lengkap seperti 3 buah sekolah, restoran, pejabat pos, panggung wayang, 7 buah gereja yang kini hanya 4 orang sahaja yang masih tinggal di bandar itu.

02 Februari 2011

Worm World Party


Worm World Party ( 25Mb) adalah salah satu dari keluaran N-Gage Nokia yang di kategorikan permainan strategik dengan pemain terhad kepada 2 multiplayer. Game ini juga menyajikan pelbagai map dan pemain dapat menamakan semula watak game tersebut. Game ini juga akan membuatkan pemain berasa lucu dengan telatah setiap watak dan aksi berlainan yang ditunjukkan didalam game ini.




Seperti mana-mana game yang lain, Game ini juga menyediakan mode untuk tutorial (Training) iaitu dimana pemain akan berlatih bagaimana untuk menikam bom, mengenal pasti halangan dan pergerakan angin yang mempengaruhi kelajuan dan hala tuju bom dan skill menggunakan setiap senjata yang ada di dalam game ini.

01 Februari 2011

Ashen-Seven River City




Ashen ni sebuah game 3D yang mengisahkan seorang lelaki sedang menjejaki adik perempuannya yang telah sekian lama menghilangkan diri yang kemudian telah menerima sepucuk surat yang terakhir dari adiknya itu mengatakan bahawa beliau telah menemui apa yang telah di carinya selama ini iaitu sesuatu yang ajaib dan mengkagumkan di sebuah bandar kosong yang dikenali ' Seven River City '. Namun pencarian adiknya itu membawa padah apabila beliau bersama rakannya elizer telah mengaktifkan sejenis kunci sehingga makhluk yang ganas dikenali sebagai Magabir creature telah bebas.

Pathway To Glory


Pathway To Glory adalah game kategori Strategik yang bertemakan perang dunia pertama iaitu peperangan menentang tentera Jerman. Seperti biasa game ini mempunyai kemudahan Multiplayer Game dimana game ini dapat dimainkan 6 pemain sekaligus  sama ada coorperation atau deathmath dengan menggunakan sambungan bluetooth.


Didalam game ini pemain akan memilih sendiri anggotanya yang berlainan unit untuk di bawa ke medan peperangan sama ada single player atau pun multiplayer. Antara unit yang disediakanlah adalah Medical, Sniper, Riffileman, Radio dan unit senjata berat.

Tips-tips untuk mengurangkan rasa malu anda.



Tentu anda pernah mengalami rasa malu semasa berdepan dengan situasi yang tidak di rancangkan oleh anda. Disini saya ada beberapa tips khas untuk anda yang mungkin kerap terjatuh atau pun tergelincir di khalanyak umum.


5 TIPS UNTUK MENGURANGKAN RASA MALU.

1) Situasi Pertama:
Anda ingin keluar dari bas dan semasa anda sedang menuruni tangga bas tersebut, anda telah terjatuh di depan orang ramai.
Tips : Anda berpura-pura bahawa anda menuduh ada orang lain yang menolak anda dari belakang meskipun tiada orang di belakang anda saat anda terjatuh.



2) Situasi ke Dua:
Anda sedang berjalan menuju ke perhentian bas lalu  tergelincir dimana terdapat ramai orang sedang menunggu di perhentian bas tersebut.
Tips : Anda harus berpura-pura pengsan dan hanya akan bangun setelah anda mendapati tiada orang yang melihat anda.



3) Situasi ke Tiga:
Ketika anda sedang berjalan di sebuah pasar malam yang padat dengan orang ramai dan anda terpijak kulit pisang lalu anda terjatuh dengan penuh "bergaya" dihadapan orang ramai.
Tips : Anda harus teruskan bergolek-golek menuju ke tempat yang jauh dari penglihatan orang ramai sebelum ada orang lain yang menyedari tindakan aneh anda.




4) Situasi ke Empat:
Anda sedang berjogging bersama-sama rakan anda dan tiba-tiba anda terperasan bahawa anda telah tercirit di dalam seluar secara tidak sengaja sehingga mengeluarkan bunyi yang di dengari oleh rakan anda.
Tips: Jangan bimbang!! Anda masih dapat menyelesaikan masalah yang tidak dirancang itu. Anda hanya perlu berbohong kepada rakan anda bahawa anda terpaksa pulang ke rumah dengan lebih awal untuk menjahit seluar yang terkoyak meskipun rakan anda terhidu bau yang mencurigakan.




5) Situasi ke Lima:
Anda sedang berada di dalam bas yang padat dengan penumpang dan tiba-tiba tanpa anda sedari anda telah terkentut dan mengeluarkan bau yang bertoksik.
Tips: Anda hanya perlu berpura-pura melihat orang lain sambil berkata," Siapa yang kurang ajar 'melepas' dalam bas ni haaa!!!!!



Saya harap petua dan tips yang diberikan ini dapat membantu anda disaat-saat genting dan seperti orang tua kata, " Malang tak berbau", " Sediakan payung sebelum hujan".
 Sayornara!!!

30 Januari 2011

Langsuir

Kisah benar ini berlaku pada dua tahun yang lepas iaitu tahun 2009 semasa hari raya pertama dan bila tarikh tersebut terjadi saya tidak mengingatinya semula. Cerita ini pun rakan saya yang ceritakan semasa beliau dalam tahanan di balai pengawal kami kerana terlibat dengan kes tidak hadir tanpa tugas di ikuti seorang lagi tahanan dengan kes yang sama juga iaitu tidak hadir tanpa tugas dan nama mereka tidak perlulah saya sebutkan di sini. Kisah ini berlaku lebih kurang dalam jam 3.00pagi. Menurut rakan saya itu lagi, ketika itu beliau terasa ingin membuang air kecil lalu dia telah memanggil anggota yang bertugas pada hari kejadian itu, namun tiada siapa yang menyahut kerana semua anggota yang bertugas semasa kejadian itu tidak di benarkan untuk melayan dan membuka pintu guardroom kepada anggota tahanan tersebut kerana di khuatiri tahanan itu akan cuba melakukan pelbagai helah untuk melarikan diri. Mereka hanya dibenarkan keluar hanya pada waktu siang sahaja iaitu untuk mandi dan makan.

29 Januari 2011

Cara-cara untuk memformatkan telefon Nokia S60


Disini saya akan menyatakan bagaimana untuk memformatkan telefon anda yang di jangkiti virus telefon. Secara amnya semua telefon mempunyai kemudahan seperti bluetooth, MMS(Multimedia message) dan lain-lain yang berfungsi untuk menghantar dan menerima file data dari sesebuah peranti lain atau telefon yang mungkin memiliki file rosak atau virus. Kadangkala virus juga boleh dipindahkan melalui pertukaran memory card yang mengandungi virus ke telefon-telefon yang lain.

27 Januari 2011

Hidup dan mati di tangan sendiri

 Alkisah dua pemuda yang mengembara ke dalam hutan kerana hendak berguru kepada orang tua yang tinggal di atas gunung itu, ramai orang berguru dengannya sudah berjaya menjadi pahlawan yang gagah perkasa dan bijaksana. Setelah 2 jam mendaki gunung tanpa henti, akhirnya sampai jugalah ke tempat yang dihajatkan. Lalu dua pemuda itu pun mengetuk pintu yang kelihatan usang itu..Tidak lama kemudian orang tua itu pun membukanya dengan mengucap assalam'kum dan seraya itu juga dua  pemuda itu tadi pun serba salah kerana sebelum masuk ke rumah orang harus mengucap assalam'kum sebagai tanda penghormatan kata org tua itu kepada dua pemuda tadi.

24 Januari 2011

Risiko Social Network Service

Saudara-saudari yang dihormati, saya teringin sangat berkongsi tentang sebuah artikal menarik yang diterjemahkan dari bahasa iban ke bahasa melayu iaitu "Pengelikun Ngena Social Network" yang telah saya lihat ini. Anda juga boleh melihat sendiri artikal ini dalam bahasa iban yang dicatat Randau ICT dengan mengklik kan link dibawah ini:
http://kjict.blogspot.com/search?updated-max=2009-08-21T11:53:00%2B08:00&max-results=3

Harap anda semua membaca kesemua artikal ini ini kerana ianya amat penting bagi kita semua. Semoga Tuhan merahmati anda semua.



Dalam tahun 2007 sebuah website telah diwujudkan untuk social networking service iaitu Facebook.com,menjadi sangat terkenal dalam masa yang singkat semenjak ditubuhkan. Di Malaysia terdapat lebih kurang 4 juta pengguna yang telah mendaftarkan diri ke dalam facebook.com.Pada fikiran saya, ke semua kita yang telah melanggan internet telah mendaftarkan diri ke dalam facebook.com. Dalam tahun 2008 mencatatkan 600 juta pengguna internet telah mendaftarkan diri ke dalam facebook ini di seluruh dunia. Ini bermakna sebanyak 40% orang yang telah mendaftarkan diri ke dalam facebook.com. Ianya menandakan facebook ini telah menjadi sesuatu yang amat penting didalam kehidupan kita pada hari ini.

Didalam ke semua pengguna yang telah menggunakan social networking ini,tentu terdapat individu yang berniat jahat. Walaupun sedemikian, Facebook ini adalah saluran dimana orang ramai dapat berhubung dengan orang tercinta seperti melepaskan perasaan rindu setelah berjauhan, mencari kenalan baru diseluruh dunia,urusan perniagaan dan lain-lain lagi yang berkenaan dengan perkhidmatan ini.



Walaupun sedemikian, Kita harus faham tentang risiko yang berkaitan dengan "social Networking" bagi mengelakkan kesusahan semasa menggunakan perkhidmatan ini dengan memahami Facebook "privacy and terms".



Kita mungkin mendapat kesusahan sekiranya langkah-langkah berwaspada diabaikan semasa menggunakan perkhidmatan ini. Diantara kesusahan yang mungkin dialami adalah maklumat peribadi kita digunakan oleh sesetengah individu yang berniat jahat bagi tujuan tertentu yang dikenali "Identity Thief". Sebagai contoh orang yang menggunakan maklumat peribadi kita untuk mengisi borang pinjaman wang di Bank dan sekiranya pinjaman tersebut diterima , Bank akan meminta kita untuk melangsaikan pinjaman yang di mohon oleh individu yang tidak bertanggung jawab.

Satu lagi perkara kesusahan yang bakal dialami adalah sekiranya kita kurang berhati-hati semasa menggunakan "social networking" akan memudahkan kerja orang yang berniat  untuk menyusahkan kita.
Itu berpunca dari apa yang kita kongsikan atau postkan akan diperolehi dengan mudah oleh orang yang berniat jahat.Diantara maklumat yang mungkin diperolehi oleh individu yang tidak bertanggung jawab ialah aktiviti harian kita yang dipostkaan kedalam wall. Ini akan memudahkan orang jahat mengatur strategik yang tidak baik terhadap kita kerana orang jahat itu telah mengetahui selok-belok perjalanan aktiviti harian kita.Disebabkan itu kita harus tahu bagaimana untuk mengurangkan apa yang ingin kita kongsikan ke dalam wall post.



Seboleh-bolehnya kita kita kawal maklumat peribadi kita seperti alamat lengkap rumah, nombor telefon dan lain-lain yang membolehkan kita dijejaki oleh individu yang berniat jahat. Sebagai contoh, jangan terlalu mendedahkan aktiviti seharian kita seperti menghantar anak ke kelas tambahan, jangan beritahu bahawa kita keseorangan di rumah,jangan nyatakan bahawa kita sedang sunyi atau pun bosan dan lain-lain.



Marilah kita renungkan sejenak perkara ini supaya risiko tersebut dapat dikurangkan. Berhati-hati lah dengan siapa kita berkawan. Seboleh-bolehnya berkawan lah hanya dengan orang yang kita kenali dan rakan kita kenali.

23 Januari 2011

Misteri Tragedi kapal Pulau Kidjang


Baru-baru ini kita terdengar berita terkini  tragedi kapal karam yang berlaku di sekitar kawasan sungai rajang Sarawak yang telah mengorbankan beberapa nyawa anak kapal termasuk kapten kapal tersebut.

Salah seorang mangsa tersebut  adalah seorang lelaki berumur lebih kurang 23 tahun berbangsa iban yang selamat dikebumikan di tanah perkuburan batu 8 jalan serian balai ringin kelmarin.

Apa yang misterinya, lokasi di mana tragedi tersebut berlaku adalah tempat dimana tragedi sejarah hitam yang pernah berlaku pada sebuah kapal pengangkut yang terkenal yang di kenal sebagai kapal pulau kidjang pada tahun 27 Disember 1973 yang telah mengorban 121 nyawa penumpang kapal tersebut.



Menurut kisah yang diceritakan semula oleh rakyat tempatan bahawa sebelum kapal tersebut karam, pihak muzium berhasrat untuk memindahkan meriam lama milik peninggalan penjajahan inggeris semasa zaman Mat Rentap yang dikenali oleh rakyat tempatan sebagai "Bedil".

Pada malam tersebut seorang warga emas bermimpi bahawa meriam yang dipindahkan oleh pihak muzium tersebut adalah seekor naga atau mungkin dikenali sebagai "hantu nabau". Didalam mimpi tersebut naga itu berpesan kepada beliau supaya memberi amaran terhadap pihak muzium agar jangan memindahkan meriam itu dari tempat asalnya. Namun amaran beliau gagal dipatuhi oleh pihak muzium dengan alasan bahawa itu adalah karut.

Sebelum kapal pulau kidjang itu berangkat, beliau sempat berpesan kepada pihak muzium itu, sekiranya amaran tidak diendahkan, sesuatu malapetaka yang dahsyat akan berlaku kepada kapal pulau kidjang.



Kapal tersebut terus berangkat tanpa mempedulikan amaran warga emas itu dan tidak jauh dari muara sungai rajang selepas berangkat dari pelabuhan kapal pulau kidjang karam disebabkan arus besar yang deras.Ramai yang ketika itu percaya bahawa kapal pulau kidjang karam disebabkan tidak mengendahkan amaran orang tua itu.

Lokasi kedudukan Sungai rajang Sarawak

Adakah kejadian misteri silam yang terjadi pada kapal pulau kidjang itu mempunyai kaitan dengan kes beberapa kapal karam yang berlaku disekitar muara sungai rajang baru-baru ini? Terpulang kepada pembaca unutk menilainya.

21 Januari 2011

Histeria



           Saya ada satu cerita tentang pengalaman seram yang saya alami pada tahun 2006 semasa latihan menembak di padang sasar simpadi kuching. Ketika itu jam  menunjukkan 8:30 malam dan kebanyakkan peserta sedang berbaring di sebuah tempat terbuka yang tidak berlampu untuk melepaskan lelah setelah selesai menembak. Tidak jauh dari tempat saya berbaring saya terlihat koperal Andrew sedang sibuk menjual rokok, air tin, maggie mee dan pelbagai barangan keperluan yang lain kepada peserta. Ramai juga peserta pergi membeli barang dari koperal Andrew.



      Tiba-tiba kami di kejutkan oleh satu suara jeritan yang menyeramkan datang dari tempat penginapan jurulatih. Kesemua kami yang tidak jauh dari tempat jeritan tersebut terasa hairan dan cemas.

20 Januari 2011

Ghost Recon Jungle Storm Game


Game ini adalah yang paling diminati oleh penggemar game N-Gage kerana fungsi multiplayer game dan jalan cerita game tersebut yang mampu membuatkan pemain fokus terhadap game ini.Game ini dikategorikan sebagai aksi tembak-menembak dan misi dimana pemain harus menyelesaikan objektif penting seperti mencari dan memusnahkan musuh, memasang bom demo charge dan menyelamatkan tawanan.
     Didalam game tersebut pemain  akan menjadi sebagai watak askar yang bernama C.Coalwater dimana pemain akan mengatur kedudukan anggota bawahannya semasa bertempur didalam misi "fight agains terrorist". pemain juga akan dilengkapi senjata ringan dan berat untuk berhadapan dengan musuh. Antara senjata utama yang disediakan ialah Mp5 Submachine, AW-Covert Sniper, M249 Machinegun, AK-47 Assault, M16 Assault, M4 Assault, M82A1 Sniper dan M60 Machinegun. Untuk Pilihan senjata yang kedua ialah M9 Pistol, M203 Genade Launcher, M136 Rocket Launcher dan Binoculars.
   Setiap senjata tersebut mempunyai kelemahan dan kelebihan yang akan dipaparkan diskrin telefon bagi memudahkan pemain melihat dan memilih senjata yang dikehendaki seperti gambar yang tertera dibawah ini:

The Sim' Bustin Out

Bagi penggemar telefon model N-Gage pasti sudah tahu tentang  permainan telefon " The Sim Bustin Out ini. Game tersebut sebenar telah lama dipersada N-Gage dan masih popular dikalangan penggemar game N-gage tersebut.
   ' The sim  bustin out' ini dikategorikan sebagai game strategik dan adventure dimana pemain harus memperolehi perhatian di penduduk pekan tersebut untuk menyelesaikan objektif yang diperlukan bagi meneruskan permainan ini.Apa yang uniknya tentang game ini ialah game tersebut disediakan bangunan,kedai untuk membeli barangan keperluan rumah ,taman bunga,pantai perpustakaan, bangunan kelab malam, pekerjaan dan lain-lain lagi yang pasti menghiburkan sesiapa sahaja.
    Bukan setakat itu sahaja, pemain harus mengumpulkan segala tin dan sampah yang terdapat disekitar pekan untuk di kitar semula di makmal dan pada yang sama memdapat ganjaran wang dari makmal itu. Pemain juga dapat membida barangan diantara penduduk pekan dengan tawaran harga yang dikehendaki oleh pihak pembida di dalam game ini. Pemain game ini harus membeli barangan dikedai-kedai kerana ianya amat penting untuk pemain meng-upgrade kepakaran watak pemain seperti tahap kriativiti, mekanikal,masakan,logik,karisma penampilan diri dan tahap fizikal watak pemain itu sendiri.

19 Januari 2011

Kubur

Cuba anda bayangkan sekiranya anda melalui di  sebuah jalan yang sunyi berdekatan kubur di waktu malam ditambah pula dengan cuaca yang buruk seperti mahu hujan dan tiada satu pun kenderaan yang melalui jalan tersebut kecuali anda sahaja yang berada di jalan tersebut. Apakah yang bermain dari fikiran anda saat anda melalui jalan tersebut?.


    Kubur cina  yang terletak di jalan serian Balai Ringin batu 8 atau 13 kilometer dari Bandar Serian pernah dikatakan berhantu oleh beberapa orang yang pernah terserempak dengan entiti tersebut beberapa tahun yang lalu. Menurut saksi yang pernah mengalami peristiwa tersebut, pernah terlihat 7 lembaga putih sedang melintas jalan dan ketika itu jam menujukkan 4:15 pagi. Di lokasi yang sama juga saksi yang lain mengaku pernah terlihat penampakan seakan-akan pocong sedang berdiri di jalan tersebut kerana tidak jauh dari simpang kubur cina  iaitu diseberang jalan terdapat perkuburan Islam.

18 Januari 2011

Photoscape v3.5 Image Editor



   Photoscape adalah software untuk komputer yang dapat mengedit gambar mengikut kesesuaian dan kehendak anda disamping kemudahan seperti "red eye correction, Clone stamp, crop, Brightness, Sepia tone, Resize" dan lain-lain lagi menarik di dalam photoscape tersebut.

    Apa yang menariknya anda boleh mengedit gambar kesayangan anda untuk dikongsikan di Facebook, Twitter dan lain-lain.



  Anda boleh melihat sendiri hasil gambar-gambar  yang telah di editkan dengan menggunakan photoscape v3.5 ini.


                                         

Nokia N-Gage



   Didalam dunia ni kita dapat melihat pelbagai model telefon yang canggih mengikut fungsi yang berlainan. Kecanggihan telefon tersebut bukan sekadar menulis SMS atau pun membuat panggilan malah dengan kemudahan seperti 3G,video,Mp3 dan lain-lain.

    Di sini kita akan  lihat kenapa model Nokia N-gage masih diminati oleh individu - individu pelbagai umur. Model tersebut dicipta khas untuk penggemar -penggemar permaianan video yang ingin merasai kelainan pada telefon bimbit mereka dimana mereka dapat menghilangkan rasa bosan dan bermain dengan rakan - rakan yang lain melalui Multiplayer Game dengan menggunakan Bluetooth. Pelbagai game telah disediakan khas untuk N-gage seperti Ghost Recon, Call Of Duty, Moto GP, Rayman 3 dan lain - lain game yang pasti menyeronokkan dan dapat berkongsi bersama semasa bermain multiplayer game.

Kemalangan Ngeri

       Sejak dua tahun kebelakangan ini kta selalu mendengar berita tentang kemalangan jalan raya tidak kira di television,surat khabar dan lain-lain. Apa yang amat dikesali adalah kemalangan yang membabitkan kenderaan yang besar seperti lori,bas,trailler,trak dan lain-lain telah banyak mengorbankan nyawa insan yang tidak bersalah. Pengguna jalan raya yang selalu menjadi mangsa keadaan adalah pembonceng motorsikal dengan stastik kemalangan yang paling tinggi pada tahun 2009.Salah siapa? Saya akan menyerahkan pembaca yang bijaksana untuk menilai tahap kemalangan yang sering terjadi terutama sekali yang melibatkan bas ekspress.

17 Januari 2011

Misteri 13





TIBA-TIBA saja perasaan pelik dan hairan muncul apabila kita berhadapan dengan situasi berikut: Sebaik memasuki lif di sebuah bangunan tinggi dan ketika jari ingin menekan butang lif berkenaan, didapati terdapat nombor tingkat yang seolah-olah hilang pada aturannya. Tingkat nombor 10 ada, nombor 11 ada, nombor 12 pun ada tetapi kemudian terus ke nombor 14. Ke mana menghilangnya tingkat bernombor 13?

Master Code Untuk Model Nokia 2000 - 2009





 Saya perhati di internet ramai orang tidak kira bangsa dan jantina yang mendayu  - dayu meminta tolong agar diberikan master code supaya telefon dapat di buka di sebabkan terlupa security code atau pun unlock code sendiri sehinggakan sanggup membayar asalkan telefon dapat dibuka... Kenapa begitu sekali??

       Ini mungkin disebabkan data penting seperti nota, senarai nombor telefon, mesej dan lain - lain ada di dalam telefon tersebut, Tapi sayangnya telefon tidak dapat dibuka hanya di sebabkan terlupa security code dan unlock code... Untuk pengetahuan anda semua, unlock code atau pun security code hanya dapat di pecahkan master code dan sekali gus dapat mereset kan sekali unlock code dan security code kepada asal hanya dengan mendapatkan seriel number atau pun dikenali IMEI seriel number.

   Apa itu IMEI (International Mobile Equipment Identity) dan dimanakah hendak mendapatkannya?? IMEI itu mengandungi 15 digit nombor adalah umpama kad pengenalan untuk setiap model telefon dan untuk mendapatkan IMEI tersebut ada dua kaedah iaitu dengan mendail *#06# atau pun anda boleh melihat dibelakang telefon dengan mencabutkan battry tersebut dari telefon...

KETAHUILAH MASTERCODE ANDA

      Kebiasaanya orang tidak menyedari betapa pentingnya IMEI dan master code tersebut sehingga lah apa bila menghadapi masalah dengan unlock code dan security code mereka akan ke sana - sini untuk mendapatkan bantuan...Ingin tahu dengan mendalam? Klik link yang dibawah ini:
http://www.nokiamastercode.com/
http://www.unlockitfree.com/master.php



Sekiranya anda terlupa akan security code telefon anda, Mungkin saya dapat membantu anda secara percuma dengan Mastercode Calculator yang saya  miliki dan sebelum itu anda harus fahami terlebih dahulu catatan yang dibawah ini.


How do you Generate the Master Code?
The master code is specific to your handset and is generated using the handset 15 digit IMEI number (serial number). The IMEI number can usually be found on the sticker underneath the battery or by typing *#06# into the phone keypad.

Which Nokia Models will this work for?
The calculated master code will only work for DCT3 and DCT4 Nokia phones. It will not work with the newer BB5 handsets. See below for a rough guide or look at my Nokia generation list to check if your model is supported. The feedback I have received is that's IT WILL NOT WORK FOR THE 6230i model (the 6230 is fine).

Compatible phone models

DCT3 2100 3210 3310 3330 3410 402 5110 5210 5510 6110 6150 6210 6250 6500 7110 8210 8250 8850 8890 9000 9100 9210, N-Gage Classic, N-Gage QD
DCT4 1100 1101 1110 1600 2300 2600 2650 3100 3120 3200 3220 3510 3510i 3650 3660 5100 5140 6020 6021 6030 6060 6070 6080 6100 6101 6103 6170 6111 6220 6230 6260 6310 6310i 6510 6810 6820 6822 7200 7210 7250 7250i 7260 7270 7280 7360 7600 7610 7650 7700 8310 8800 8910 8910i.

Incompatible models

BB5 5500 Sport, 6131, 6125, 7380, 7360, 7370, E70, E61, E60, 3250, 6280, 6681, 6680, 6630, 6233, 6151, E50, 7390, 7373, 5200, 5300, 6136, 6288, N70, N71, N72, N73, N80, N91, N93, N70 Music Edition, N95, N91 8GB, 6300, 6086, N76, N93i, N73 Music Edition, E90, 3110 classic, 6110 Navigator, E65, E61i, N80 Internet Edition, 5700, 5070, 6120 Classic, 1650, 2630, 1200, 1208, 2760, 3109 Classic, 6500 slide, 3500 classic, 6267, 6121 classic, N81 8GB, N81, N95 8GB, 7900 Prism, 7500 Prism, 6555, 5610, 5310, E51, 6301.

*UPDATED . : Ini saya sediakan link download untuk Nokia Master Code 2009 App Download. Perlu ingat bahawa tidak semua master code dapat dipecahkan. sila klik link dibawah untuk download .

Download Nokia Symbian MasterCode 2009